Page 2 - BUKU MESYUARAT TAHUNAN BELIAWANIS N29 PANTAI MANIS
P. 2

PERUTUSAN YAB KETUA MENTERI SABAH / PRESIDEN PARTI GAGASAN
                     RAKYAT SABAH


                     Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) yang dilancarkan pada Mac lalu,
                     adalah parti berbilang kaum yang membawa citra inklusiviti dan parti suara anak
                     Sabah yang mengangkat citra perjuangan tempatan.


                     Gagasan Rakyat yang kini berkembang di setiap ceruk bahagian negeri Sabah telah
                     menjadi pilihan rakyat negeri ini untuk melibatkan diri dalam dunia politik tempatan,
                     sekali gus menjadi penanda aras yang positif dalam penerimaan masyarakat
                     berbilang kaum dan agama di negeri ini.


                     Parti ini menjadi wadah perjuangan untuk rakyat Sabah berdasarkan nilai-nilai politik
                     baharu yang diterapkan yang selari dengan keinginan dan aspirasi rakyat Sabah
                     yang mahukan perubahan dari pelbagai aspek politik seperti ketelusan, integriti dan
                     ambil peduli nasib rakyat di negeri ini.


                     Justeru, yakinlah dengan kesatuan parti ini, sebagaimana perumpamaan yang sering
                     saya laungkan - Parti ini, rumah kita. Rumah kita, kita yang jaga. Rumah kita, kitalah
                     tuannya. Rumah kita, kita pelihara sebaiknya, Dapur kita, kitalah penentu menu dan
                     resipinya.


                     Saya mengucapkan syabas kepada 73 bahagian Gagasan Rakyat dan sayap
                     Pergerakan Wanita, Pemuda dan Beliawanis kerana berjaya melaksanakan
                     Mesyuarat Tahunan Bahagian masing-masing. Sesungguhnya, mesyuarat ini penting
                     kerana Gagasan Rakyat kini sudah mula membuat persiapan bagi menghadapi PRN
                     ke-17 yang dijangka diadakan kira-kira dua tahun lagi.


                     Justeru, saya mahu semua bahagian dan cawangan, termasuk sayap Wanita,
                     Pemuda dan Beliawanis Gagasan Rakyat perlu bergerak awal mengukuhkan jentera
                     parti dan menambah keahlian di semua bahagian. Kita perlu memastikan
                     kemenangan Gagasan Rakyat dan seterusnya Gabungan Rakyat Sabah (GRS).


                     Marilah kita mengambil peluang untuk mengeratkan tali persaudaraan dan
                     keakraban     serta   memperteguhkan        semangat      perjuangan     kita.   Selamat
                     bermesyuarat!







                     YAB DATUK SERI PANGLIMA HAJI HAJIJI HAJI NOOR
   1   2   3   4   5   6   7