Page 5 - Aquaradiance SSM Corp Info.pdf
P. 5
Kajian mendapati kira-kira 8,000 pesakit baharu disahkan pada tahun 2018 dan trend ini
meningkat setiap tahun. Jika ini berterusan maka jumlah pesakit yang memerlukan
rawatan dialisis akan mencecah 106,000 pada 2040
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan
Perasmian Hari Buah Pinggang Sedunia Peringkat Kebangsaan
13 Mac 2021
Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera
Statistik dan data Kementerian Kesihatan Malaysia
menunjukkan bahawa jumlah pesakit buah pinggang kronik
yang memerlukan rawatan dialisis meningkat saban tahun.
Rawatan haemodialisis di pusat dialisis berda�ar adalah
kaedah rawatan yang paling berkesan, selamat dan
praktikal bagi pesakit buah pinggang kronik ini.
Oleh yang demikian, Pusat Dialysis Aquaradiance dirancang
dan ditubuhkan bagi menyahut seruan dan melaksanakan
tanggungjawab bersama kepada masyarakat Malaysia yang
memerlukan.
Pada masa ini, kami menyediakan sebanyak 18 unit mesin
dialisis untuk menampung rawatan sehingga 108 orang
pesakit. Kami mempunyai keupayaan untuk menambah
kapasiti kepada 42 unit mesin bagi memenuhi keperluan
perkhidmatan hemodialisis sehingga 252 orang pesakit
pada masa akan datang.
Semoga usaha ini diberkati dan dirahmati Allah SWT
DARI MEJA
PENGARAH