Page 10 - Faedah2 Agama 1
P. 10

Faedah-faedah Agama 1







                                         (2)

                    Empat Dalil Kewujudan Dan

                         Ketauhidan Allah SWT


                       Ketahuilah  wahai hamba-hamba Allah  SWT,
               yakin     akan     kewujudan     Allah     SWT      dan
               mentauhidkanNya  adalah sebesar-besar ibadat  di  atas
               muka  bumi ini sebagaimana syirik kepada Allah  SWT
               adalah sebesar-besar dosa di atas muka bumi ini. Untuk
               itu setiap orang  hendaklah meletakkan satu keyakinan
               yang  teguh dan  jitu di  dalam hati  atas  kewujudan dan
               keesaan Allah SWT, tiada sekutu bagiNya.

                       Menyakini    kewujudan     Allah    SWT     dan
               mentauhidkanNya  hendaklah disandarkan kepada dalil,
               bukan dengan bertaklid atau meletakkan suatu sangkaan
               semata-mata  bahawa Allah SWT itu wujud.  Perhatikan
               empat  dalil  mengenainya  di  bawah ini dan jadikannya
               sebagai pegangan penting di dalam aqidah kita bahawa
               Allah SWT itu wujud dan Ia Maha Esa:







                                          9
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15