Page 26 - Faedah2 Agama 1
P. 26

Faedah-faedah Agama 1







                                         (6)

                  Dosa-dosa Yang Perlu Dihindari


                       Dosa, lebih-lebih lagi  dosa-dosa besar  adalah
               merupakan  malapetaka  bagi manusia,  yang menjadikan
               hati manusia tertutup  dengan  karat-karatnya  semasa di
               dunia ini  dan dimasukkan ke  dalam neraka di akhirat
               nanti jika mati tidak bertaubat darinya. Cahaya iman di
               dalam hati menjadi kelam, bahkan hilang  apabila
               perlakuan dosa dikerjakan tanpa henti setiap hari.

                       Menjaga diri dari sengaja melakukan dosa adalah
               satu sikap  yang terpuji, lebih-lebih lagi dalam
               persekitaran   hidup    hari   ini  yang    tidak   lagi
               mengambilkira urusan halal dan haram, dosa dan pahala.
               Nilai keagamaan bukan lagi menjadi batasan pendinding
               dalam semua perlakuan hidup, bahkan Agama di  kira
               sebagai penghalang untuk jenis dan bentuk kemajuan
               yang di ambil dari Barat secara membuta tuli.

                       Wahai hamba-hamba Allah yang  mengharapkan
               pertemuan dengan Tuhannya, hindarilah  bentuk
               pemikiran dan cara hidup  yang tidak menghitungkira
               urusan dosa dan pahala. Awasilah diri dari  sengaja


                                          25
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31