Page 32 - Faedah2 Agama 1
P. 32

Faedah-faedah Agama 1







                                        (7)

                  Jika Menjauhi Dosa-dosa Besar


                       Mengerjakan dosa besar, berterusan dalam
               melakukannya tanpa bertaubat darinya menjerumuskan
               seorang muslim dalam kefasikan yang jelas nyata. Suatu
               sikap  yang membahayakan diri kerana jika mati
               diatasnya menjadikan pelakunya terjerumus ke  dalam
               neraka. Oleh itu berhati-hatilah dalam urusan dosa besar
               ini, kenalinya dengan ilmu berdasarkan Al-Quran dan
               Sunnah Rasulullah SAW. Letakkan diri dalam keadaan
               sentiasa berjaga-jaga dari terjerumus kedalamnya.

                       Di lihat dari sudut di atas maka tiada  jalan
               sedikitpun bagi kita untuk mengambil sikap bermudah-
               mudah dengan dosa besar. Lebih-lebih lagi di zaman ini
               dosa besar bukan setakat bebas dikerjakan  bahkan
               dikomersialkan dan mendatangkan keuntungan  yang
               sangat lumayan. Alangkah berani manusia di zaman ini,
               tiada lagi rasa takut dan gerun kepada azab Allah SWT.

                       Jika seseorang menjauhi dosa-dosa besar di
               dalam hidupnya, samada tidak pernah dikerjakannya



                                          31
   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37