Page 83 - Faedah2 Agama 1
P. 83
Faedah-faedah Agama 1
• Keterangan:
Perkara yang ke tiga (melakukan perkara atau
perbuatan yang menjatuhkan maruah) berbeza
kedudukannya antara seseorang. Contohnya
seorang imam solat menghisap rokok, maka jatuh
maruahnya kerana kedudukannya sebagai
seorang imam. Berbeza dengan orang awam
biasa yang menghisap rokok. Begitulah
seterusnya……….
Jadi sesiapa yang melakukan salah satu dari tiga
perkara di atas, mengekalinya secara berterusan, tidak
bertaubat darinya maka jadilah dia seorang muslim yang
fasik. Terkeluar dari nama muslim yang beriman. Oleh
itu berjaga-jagalah supaya kita tidak tergolong dari
kalangan orang Islam yang fasik kerana kegagalan
mendidik dan mengawal diri sendiri.
Alangkah indahnya dalam hidup yang singkat
dan sementara ini kita tergolong di dalam golongan
orang-orang yang beriman. Dan terlebih indah lagi
apabila kita dapat memiliki keistimewaan-keistimewaan
yang dikhususkan hanya untuk orang-orang yang
beriman. Perhatikan sebahagian dari keistimewaan-
keistimewaan tersebut di bawah ini:
-Firman Allah SWT di dalam Surah Ghaafir ayat 7-9:
82