Page 14 - MODUL PDF AKTIVITI FAMILI MENTEE KMKN 2021_Neat
P. 14
Dari Abu Hurairah atau dari Abu Sa'id, Rasulullah SAW bersabda: *"Tujuh (golongan)
yang akan dinaungi Allah pada hari di mana tidak ada naungan lain kecuali naunganNya;
pemimpin adil…* (Hadis Tirmidzi No: 2313) Status: Hadis Hasan Sahih
3. Syarah Musimmenyatakan: Imam ialah orang yang yang diserahkan padanya urusan
dan maslahah umat Islam termasuk pegawai dan pemerintah. Dalam Sunan Tirmizi:
Imam yang adil disebut sebagai golongan terawal mendapat perlindungan di Padang
Mahsyar kerana kepentingan dan faedahnya kepada umat.
4. Keistimewaan ini hanya diberi kepada mereka yang adil dalam perkara yang
diamanahkan sama ada mereka itu Khalifah, Sultan, Perdana Menteri, Menteri Besar,
Menteri, Wakil Rakyat, Hakim, Ketua Jabatan, Pegawai Kerajaan, penjaga anak yatim
juga dalam perkara yang wajib ke atasnya, keluarga dan lainnya.
5. Ibn Hajar berkata: Imam yang dicintai Allah dalam hadis ini adalah orang yang
mempunyai tanggungjawab terbesar mengendalikan urusan umat Islam dan ia berlaku
adil padanya.
6. Orang yang paling dibenci Allah pada hari kiamat dan paling keras siksaan untuknya
adalah pemimpin atau penguasa yang zalim dan menzalimi rakyat atau orang
bawahannya.
7. Ayuh, setiap kita yang diberi tanggungjawab mengurus umat ini, jangan sesekali
berbuat zalim dengan tidak melaksanakan amanah yang diberi atau berlaku cuai ketika
melaksanakannya seperti rasuah, pecah amanah, pengadilan terpilih, racis, melakukan
penipuan, membohongi rakyat dll.
*Berusahalah mewujudkan tadbir urus yang baik melalui kepimpinan yang adil dan
berintegriti.*
14