Page 5 - HIBURAN MELAMPAU
P. 5
HIBURAN
MELAMPAU
Pendahuluan
Kebelakangan ini terlalu banyak isu
yang berkaitan dengan masalah
sosial yang melibatkan remaja.
Perlakuan sosial yang negatif dalam
bentuk sosial tidak seharusnya
merupakan satu petunjuk ke atas
kelemahan masyarakat untuk
membudayakan pembangunan
secara positif yang berteraskan
prinsip dan nilai-nilai murni
kemanusiaan dan agama.
Justeru kita lihat, keruntuhan
akhlak dikalangan remaja sebagai
tunggak masa hadapan negara kini
semakin meningkat. Gejala sosial
semakin berleluasa, keselamatan
benda awam terjejas, kesejahteraan
ummat juga tidak terkawal. Secara
terperincinya pelbagai faktor yang
menyebabkan kekurangan moral
dan keruntuhan akhlak dikalangan
remaja, salah satunya adalah
disebabkan "pergaulan bebas dan
hiburan yang melampau". Hal ini
boleh digambarkan dengan
pelbagai adegan yang berlaku pada
masyarakat hari ini.