Page 3 - BUKU PROGRAM MERDEKA TAHUN 2021
P. 3
Setiap tahun rakyat Malaysia akan menyambut
bulan kemerdekaan. Begitu juga dengan warga
sekolah. Berbeza dengan tahun ini, di mana negara
kita masih lagi dilanda Covid-19. Sehubungan
Pengenalan dengan itu, panitia Sejarah juga tidak ketinggalan
untuk menjayakan program Bulan Kemerdekaan
peringkat sekolah yang berkonsepkan tema dalam
kemerdekanan seperti tema portrait tokoh
kemerdekaan, tema setiap logo kemerdekaan, tema
permainan tradisonal dan sebagainya. Menjelang
bulan Ogos setiap tahun, rata-rata sekolah akan
mengadakan pelbagai aktiviti sempena menyambut
ulang tahun kemerdekaan negara.
Pada tahun ini, panitia Sejarah berhasrat akan
mengadakan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan
secara maya iaitu menggunakan applikasi Google
Meet. Aktiviti yang dirancang pada tahun ini agak
berbeza jika dibandingkan dengan tahun-tahun yang
lain di mana panitia Sejarah sepakat untuk
mengadakan aktiviti bulan kemerdekaan dalam
bentuk media digital, google form dan sebagainya.
Hal ini dikatakan demikian supaya dapat melahirkan
generasi yang cinta akan negara dan sedar untuk
mempertahankan kemerdekaan negara.