Page 4 - LAPORAN OPERASI DAN AKTIVITI 2024 PEJABAT AGAMA JAJAHAN TUMPAT
P. 4

Amanat
             Amanat




                                                                    H
                                                                            K
                                                               J
                                                            H
                                                       R
                                                                 A
                                                         A
                                                                           I
                                             E
                                           P
                                                 G
                                               N
                                                                        A
                                                    A
                                           PENGARAH JAHEAIK
                                                                      E
          Segala  puji  bagi  Allah  SWT,  Tuhan  Sekalian  Alam,  atas  limpah
          rahmat dan kasih sayang-Nya yang tidak bertepi. Selawat dan salam
          ke  atas  junjungan  besar  Nabi  Muhammad  SAW,  keluarga  baginda,
          para  sahabat,  serta  sekalian  umat  yang  sentiasa  mengikuti  jalan
          kebenaran hingga ke hari akhirat.
          Alhamdulillah,  dengan  izin  dan  kehendak-Nya,  Pejabat  Agama
          Jajahan  Tumpat  berjaya  melangkah  ke  tahun  2025  dengan
          semangat  dan  iltizam  yang  kukuh.  Laporan  operasi  dan  aktiviti  ini
          adalah  cerminan  kepada  usaha  gigih  seluruh  warga  kerja  Pejabat
          Agama  Jajahan  Tumpat  yang  berdedikasi  dalam  melaksanakan
          amanah yang telah diberikan.

          Sebagai  sebuah  institusi  yang  bertanggungjawab  terhadap  hal
          ehwal  Agama  Islam  di  Jajahan  Tumpat,  Pejabat  Agama  Jajahan
          Tumpat  bertanggungjawab  bukan  sahaja  melibatkan  pengurusan
          perkhidmatan  seperti  nikah,  cerai,  dan  rujuk,  tetapi  juga
          merangkumi pendidikan agama, dakwah, dan pemerkasaan komuniti
          melalui  pelbagai  program  yang  berimpak  tinggi.  Segala  usaha  ini
                                                                                           DR. HASNAN
          dilaksanakan  berlandaskan  prinsip  "Penghayatan  Membangun                     DR. HASNAN
                                                                                         BIN HAJI RAMLI
          Bersama  Islam,"  yang  menjadi  teras  kepada  dasar  Pembangunan             BIN HAJI RAMLI
          Kerajaan Negeri Kelantan.

          Akhir  kata,  saya  ingin  merakamkan  setinggi-tinggi  penghargaan  kepada  semua  pihak  yang  telah
          memberikan  kerjasama  dan  sokongan  kepada  Pejabat  Agama  Jajahan  Tumpat  sepanjang  tahun  2024.
          Kejayaan yang kita kecapi adalah hasil usaha bersama, dan ia membuktikan bahawa semangat kerjasama
          serta perpaduan adalah kunci kepada kejayaan yang berterusan.


          Semoga  tahun  berikutnya  menjadi  medan  untuk  kita  terus  memperkukuh  tekad  demi  menjunjung  tinggi
          syariat Islam dan kesejahteraan masyarakat.


          Sekian, Terima Kasih.


          Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.










                                                            3 3

                                                                                                          2024 PAJT
                                  Laporan Operasi Dan Aktiviti Pejabat Agama Jajahan Tumpat 2024
                                  Laporan Operasi Dan Aktiviti Pejabat Agama Jajahan Tumpat 2024
  A . S
   1   2   3   4   5   6   7   8   9