Page 6 - Pameran Maya Etnik Melanau v4
P. 6
PENGENALAN
Sarawak Bumi Kenyalang merupakan negeri terbesar di Malaysia yang mempunyai
pelbagai suku kaum dan etnik. Melanau merupakan salah satu kumpulan etnik di
Sarawak yang mempunyai adat dan keistimewaannya juga merupakan kaum
bumiputera keempat terbesar di Sarawak selepas kaum Iban, Melayu, dan Bidayuh.
Masyarakat Melanau kebanyakannya beragama Islam, Kristian, dan tiada agama, juga
mempercayai makhluk ghaib yang dipanggil Ipok.
Orang Melanau menggelarkan diri mereka a-likow yang membawa maksud orang
peribumi atau asal, meskipun istilah ini merujuk kepada orang Melanau yang belum
mengamalkan agama Islam atau Kristian.
Menurut dalam satu seminar yang diadakan pada tahun 1988 di Mukah iaitu “Seminar
Budaya Melanau”, Melanau ialah kumpulan kaum yang jelas dan konkrit bercakap
dalam pelbagai dialek Melanau, berkongsi satu adat dan budaya rumpun. Sekurang-
kurangnya terdapat enam kumpulan dialek Melanau yang telah dikenalpasti.
Kebanyakan mereka tinggal di persisiran pantai, di antara Kuala Rejang, di barat daya
dan Kuala Baram, di barat laut Sarawak.