Page 448 - E-PORTFOLIO LAPORAN AKHIR LM (NABILAH BINTI MAT JIDIN -AB200054)
P. 448
FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
TARIKH CETAK : 18/04/2024
MASA : 03:00:00 PM
LAPORAN JURNAL/REFLEKSI
PROGRAM LATIHAN MENGAJAR
NAMA : NABILAH BINTI MAT JIDIN
NO MATRIK : AB200054
SEMESTER : SEMESTER 2 2023/2024
TARIKH 13/04/2024 – 18/04/2024
TAJUK MINGGU KEEMPAT :
Kejohanan Merentas Desa Sekolah
PERISTIWA Kejohanan merentas desa ini diadakan pada hari khamis bertarikh 18 April 2024. Aturcara program ini
bermula pada 7:30 pagi sehingga 1:10 petang. Aturcara program ini ialah mengambil kedatangan dan
taklimat ringkas, memanaskan badan, pelepasan mengikut kategori perempuan dan lelaki, rehat dan
penyampaian hadiah. Saya telah dilantik untuk menjadi ahli jawatankuasa pengelola iaitu Marshall
untuk kejohanan merentas desa.
REFLEKSI : 1. BISIKAN HATI
1.Bisikan Hati Saya merasa bangga dan bersemangat kerana diberi peluang untuk terlibat dalam kejohanan
2.Menganalisis/Menilai merentas desa ini. Saya juga merasakan tanggungjawab yang besar untuk memastikan acara berjalan
3.Kesedaran Baru lancar dan memberi pengalaman yang bermakna kepada peserta. Saya berasa teruja dengan peluang
4.Cadangan/Tindakan menjadi Marshall untuk kejohanan merentas desa ini. Kejohanan merentas desa adalah peluang
besar untuk memupuk semangat sukan di kalangan pelajar dan menyumbang kepada pembangunan
fizikal dan mental mereka.
2. MENGANALISIS / MENILAI
Dalam proses menilai kejohanan ini, saya mengakui kepentingan penyelenggaraan yang teliti dan
teratur. Kepatuhan terhadap jadual program, keselamatan peserta, dan penyediaan yang baik menjadi
faktor penting dalam menilai keberhasilan acara. Saya juga perlu menilai keseluruhan pelaksanaan
kejohanan merentas desa untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam pengurusan acara.
Analisis terhadap penyertaan pelajar, kualiti pengawalan laluan, dan kecekapan penyeliaan akan
membantu dalam meningkatkan prestasi pada masa akan datang.
3. KESEDARAN BARU
Saya menyedari bahawa pengalaman sebagai Marshall dan ahli jawatankuasa pengurusan memberi
peluang untuk meningkatkan kemahiran dalam pengurusan acara dan komunikasi. Saya juga
menyedari betapa pentingnya kerjasama antara semua pihak yang terlibat dalam menjayakan
kejohanan ini. Melalui pengalaman ini juga, saya sedar betapa pentingnya peranan pengurus acara
dalam memastikan kelancaran dan keselamatan peserta. Saya juga sedar akan keperluan untuk
sentiasa mengutamakan aspek keselamatan dalam setiap acara sukan yang dijalankan.