Page 454 - E-PORTFOLIO LAPORAN AKHIR LM (NABILAH BINTI MAT JIDIN -AB200054)
P. 454
FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
TARIKH CETAK : 02/05/2024
MASA : 02:50:04 PM
LAPORAN JURNAL/REFLEKSI
PROGRAM LATIHAN MENGAJAR
NAMA : NABILAH BINTI MAT JIDIN
NO MATRIK : AB200054
SEMESTER : SEMESTER 2 2023/2024
TARIKH 28/04/2024 – 02/05/2024
TAJUK MINGGU KEENAM :
Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Majlis Perpisahan Cikgu Joohana dan Cikgu Hasanah.
PERISTIWA Pada hari khamis iaitu 02/05/2024, sekolah telah mengadakan sambutan hari raya aidilfirtri dan majlis
perpisahan cikgu Joohana dan cikgu Hasanah. Majlis ini bermula pada pukul 8.00 pagi selepas bacaan
Yassin. Pada pukul 8.00 pagi ketibaan tetamu yang diraikan iaitu Cikgu Joohana dan Cikgu Hasanah.
Pada pukul 8:30 pagi ucapan daripada GPK Pentadbiran selaku pemangku Pengetua iaitu Cikgu
Sabariah manakala ucapan guru yang diraikan. Selepas ucapan telah selesai maka bermulalah sesi
penyampaian hadiah daripada guru-guru dan pelajar-pelajar kepada Cikgu Joohana dan Cikgu Hasanah
sebagai kenang-kenangan. Dengan itu juga, program ini dilanjutkan dengan persembahan nyanyian
daripada wakil guru dan wakil pelajar. Namun begitu, program yang dinanti-nanti telah tiba iaitu
jamuan hari raya. Kami bergerak dari satu tingkatan ke satu tingkatan mengikut kumpulan yang
diagihkan. Saya mendapat kumpulan marhaban tingkatan iaitu kumpulan 4. Kami bermula marhaban di
tingkatan 4, bilik pendidikan khas, tingkatan 1, tingkatan 2 dan akahir sekali di tingkatan 3. Saya berasa
amat teruja dapat berjumpa dengan guru-guru dan pelajar-pelajar dari setiap tingkatan. Secara tidak
langsung dapat mengeratkan lagi hubungan antara kami.
REFLEKSI : 1. BISIKAN HATI
1.Bisikan Hati Saya merasa gembira dan bangga dalam menyertai acara tersebut. Mungkin ada juga rasa sedih dan
2.Menganalisis/Menilai nostalgia menyaksikan perpisahan Cikgu Joohana dan Cikgu Hasanah. Bisikan hati ini dapat
3.Kesedaran Baru menjadi sumber inspirasi untuk terus berusaha dalam profesi.
4.Cadangan/Tindakan
2. MENGANALISIS / MENILAI
Saya dapat menilai kesan positif acara tersebut terhadap cara sekolah dan hubungan antara guru,
pelajar, dan staf. Mungkin ada penilaian terhadap keberkesanan acara tersebut dalam mempererat
ikatan sosial di sekolah. Sambutan Hari Raya dan majlis perpisahan tersebut berjalan dengan lancar
dan mengikut tentatif yang telah ditetapkan. Ucapan daripada GPK Pentadbiran dan guru yang
diraikan memberi kesan yang mendalam kepada semua hadirin.
3. KESEDARAN BARU
Melalui pengalaman ini, saya mungkin mendapat kesedaran baharu akan pentingnya membangun
hubungan yang baik dengan rakan sekerja dan pelajar. Pengalaman berinteraksi dengan pelbagai
tingkatan dan golongan di sekolah dapat membuka mata saya terhadap kepelbagaian komuniti
sekolah. Saya sedar akan pentingnya penghargaan dan penghormatan terhadap para pendidik yang
telah memberi sumbangan besar kepada sekolah. Perasaan bersyukur dan rasa kehilangan juga
timbul dalam diri saya.