Page 485 - E-PORTFOLIO LAPORAN AKHIR LM (NABILAH BINTI MAT JIDIN -AB200054)
P. 485
BAHAGIAN A
Jawab semua soalan.
S1 Apakah yang dimaksudkan dengan bahasa kerja?
A Bahasa yang digunakan dalam syarikat, negeri, pertubuhan atau organisasi
sebagai alat komunikasi.
B Bahasa yang digunakan bagi berkomunikasi di tempat kerja.
C Bahasa yang digunakan bagi peraturan dan penulisan di tempat kerja.
D Bahasa yang merupakan isyarat bagi peraturan.
S2 Apakah yang dimaksudkan dengan bahasa slanga?
A Slanga merujuk kepada perkataan bahasa pasar.
B Slanga merujuk kata-kata atau ungkapan yang dianggap sangat tidak formal.
C Slanga merujuk sebagai bahasa tidak rasmi yang digunakan di tempat kerja.
D Slanga merujuk bahasa perbualan atau pertuturan harian.
S3 Yang mana satukah BUKAN kesan penggunaan bahasa slanga?
A Orang lain tidak memahami apa yang ingin disampaikan.
B Menyebabkan rasa terasing.
C Mewujudkan persefahaman antara penutur dan pendengar
D Menyinggung perasaan.
S4 Antara berikut, yang mana satukah jawapan di bawah BUKAN contoh bahasa slanga.
A Steady bro.
B Ngam.
C Kantoi.
D Apa Khabar?.
S5 Apakah yang dimaksudkan dengan jargon?
A Kata-kata atau bahasa untuk bertutur.
B Loghat atau dialek di tempat kerja.
C Penggunaannya adalah mengikut daerah.
D Kata-kata atau ungkapan yang digunakan oleh orang yang bekerja dalam
bidang tertentu.
1
HT-012-2:2012 2024 Hak Cipta Pelajar PVMA [Lihat halaman sebelah]
SULIT