Page 498 - E-PORTFOLIO LAPORAN AKHIR LM (NABILAH BINTI MAT JIDIN -AB200054)
P. 498
BAHAGIAN E
1. Kelebihan komunikasi oral.
i. Tiada elemen tegar dalam pertuturan.
ii. Maklum balas belaku secara spontan dalam pertuturan.
iii. Pertuturan bukan sahaja menjimatkan masa, bahkan wang dan tenaga.
(Mana- mana jawapan yang munasabah diterima) (3M)
2. Kelemahan komunikasi oral.
i. Bergantung hanya kepada pertuturan mungkin tidak memadai dalam komunikasi perniagaan
kerana ia memerlukan komunikasi yang formal dan terancang.
ii. Pertuturan kurang boleh dipercayai daripada komunikasi bertulis kerana ia lebih bersifat
tidak formal dan kurang tersusun.
iii. Pertuturan tidak mudah dikekalkan dan berubah-ubah sifatnya.
(Mana- mana jawapan yang munasabah diterima) (3 M)
3. Definisi bahasa gerak-geri dan bahasa isyarat.
Senyuman, gerak isyarat dan pergerakan badan tertentu menghantar mesej kepada orang di
sekeliling anda.
(2M)
4. Senaraikan empat (4) ciri-ciri pasukan yang efektif.
i. Tujuan yang sama.
ii. Peranan yang jelas.
iii. Hubungan yang mantap.
iv. Proses pasukan yang jelas.
(4M)
5. Senaraikan tiga (3) peranan ketua pasukan.
i. Memantau prestasi pasukan terhadap matlamat dan menerima tindakan pembetulan.
ii. Meningkatkan prestasi dengan membangunkan diri sendiri dan ahli-ahli pasukan. Belajar
daripada kegagalan.
iii. Menonjolkan pasukan dan bertanggungjawab ke atasnya.
(Mana- mana jawapan yang munasabah diterima) (3M)
3
HT-012-2:2012 2024 Hak Cipta Pelajar PVMA [Lihat halaman sebelah]
SULIT