Page 12 - E- Portfolio (NABILAH BINTI MAT JIDIN -AB200054-)
P. 12
STANDARD GURU MALAYSIA
(SGM)
SGM 2.0 adalah dokumen rujukan berkaitan kompetensi yang perlu dicapai dan etika yang
perlu dijiwai, diamalkan serta diperlihatkan oleh guru di Malaysia.GM 2.0 terdiri dari dua
komponen iaitu Dimensi Kompetensi dan Etika Keguruan. Dimensi Kompetensi menjelaskan
kompetensi yang perlu dimiliki oleh guru pada pelbagai tahap pembangunan profesionalisme
untuk melaksanakan PdP dengan berkesan. Manakala Etika Keguruan merupakan prinsip
moral dan nilai akhlak yang seharusnya menjadi pegangan dan amalan guru di Malaysia
bagi memastikan profesion keguruan sebagai kerjaya profesional serta dipandang mulia oleh
masyarakat.