Page 444 - E-PORTFOLIO LAPORAN AKHIR LM (NABILAH BINTI MAT JIDIN -AB200054)
P. 444

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL
                                    UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
                                                                                 TARIKH CETAK : 04/04/2024
                                                                                           MASA : 02:00:10 PM
                                           LAPORAN JURNAL/REFLEKSI
                                         PROGRAM LATIHAN MENGAJAR


           NAMA            : NABILAH BINTI MAT JIDIN
           NO MATRIK  : AB200054
           SEMESTER  : SEMESTER 2 2023/2024



            TARIKH                        31/03/2024 – 04/04/2024
            TAJUK                       MINGGU KETIGA :
                                        Majlis Khatam Al-Quran

            PERISTIWA                   Majlis Khatam Al-Quran dijalankan pada minggu akhir persekolahan sebelum pelajar bercuti Berhari
                                        Raya. Majlis ini telah diadakan pada hari Khamis bertarikh 04 April 2024. Majlis ini bermula pada jam
                                        10.00 pagi sehingga 1.10 petang. Tentatif program ini ialah program khatam al-quran oleh pelajar dan
                                        wakil guru, ucapan yang dihormati pemangku pengetua iaitu Cikgu Sabariah, penyampaian sumbangan
                                        infak Ramadhan Anak Yatim dan Pelajar Asnaf, penyampaian simbolik duit hari raya untuk pelajar
                                        SMKTK, penyampaian simbolik cenderahati dari KGKT 2024 dan alunan gema takbir TK STRIKE
                                        2024.
            REFLEKSI :                  1. BISIKAN HATI
                    1.Bisikan Hati        Saya merasa terharu melihat semangat pelajar dan wakil guru dalam menjalankan program khatam
                     2.Menganalisis/Menilai   Al-Quran. Ketika menyaksikan acara ini, saya merasa tersentuh oleh kekhusyukan mereka dalam
                     3.Kesedaran Baru     membaca Al-Quran. Saya juga berasa sangat terharu dan penuh syukur kerana dapat menyaksikan
                     4.Cadangan/Tindakan   majlis Khatam Al-Quran yang begitu bermakna dan membanggakan. Saya merasa bersyukur kerana
                                          dapat menjadi sebahagian daripada acara yang memperkukuhkan kecintaan pelajar terhadap agama
                                          dan al-Quran.

                                        2. MENGANALISIS / MENILAI
                                          Dari segi penyediaan dan pelaksanaan majlis, saya mendapati bahawa semua pihak terlibat telah
                                          bekerja dengan cekap dan teliti. Program berjalan lancar tanpa sebarang kesulitan yang ketara.
                                          Namun, terdapat beberapa aspek yang boleh ditingkatkan seperti pengurusan masa untuk
                                          memastikan setiap aktiviti berjalan tepat pada masanya. Program ini telah dijalankan dengan lancar
                                          dan penuh keberkatan. Kehadiran pemangku pengetua, Cikgu Sabariah, memberi aura kehormatan
                                          dan penghargaan kepada keseluruhan majlis. Saya mengambil perhatian terhadap pelajar yang
                                          menerima sumbangan infak Ramadhan anak Yatim dan duit hari raya kepada pelajar Asnaf. Ini telah
                                          menunjukkan kesedaran kepada guru dan murid terhadap tanggungjawab sosial.

                                        3. KESEDARAN BARU
                                          Melalui pengalaman ini, saya menyedari betapa pentingnya memupuk cinta kepada Al-Quran dalam
                                          kalangan pelajar. Program seperti ini tidak hanya memperkuat hubungan dengan agama tetapi juga
                                          memupuk nilai-nilai keagamaan dan kemanusiaan. Namun begitu, melalui pengalaman ini, saya
                                          semakin sedar akan pentingnya memperkasakan aktiviti-aktiviti keagamaan di kalangan pelajar.
                                          Majlis seperti ini dapat membantu meningkatkan kecemerlangan akademik dan moral pelajar, serta
                                          memupuk nilai-nilai keagamaan yang penting dalam pembentukan diri mereka.
   439   440   441   442   443   444   445   446   447   448   449