Page 450 - E-PORTFOLIO LAPORAN AKHIR LM (NABILAH BINTI MAT JIDIN -AB200054)
P. 450

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL
                                    UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
                                                                                 TARIKH CETAK : 25/04/2024
                                                                                           MASA : 02:45:00 PM
                                           LAPORAN JURNAL/REFLEKSI
                                         PROGRAM LATIHAN MENGAJAR


           NAMA            : NABILAH BINTI MAT JIDIN
           NO MATRIK  : AB200054
           SEMESTER  : SEMESTER 2 2023/2024



            TARIKH                        21/04/2024 – 25/04/2024
            TAJUK                        MINGGU KELIMA :
                                         Diselia oleh penyelia iaitu pensyarah UTHM (Dr Norkhairolizah binti Hamzah)

            PERISTIWA                   Pada hari selasa iaitu 26/04/2024, penyelia telah datang ke sekolah saya latihan mengajar iaitu di
                                        Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Kerang untuk menilai cara pengajaran dan pembelajaran (pdp)
                                        saya. Pada pukul 7.22 pagi penyelia setelah menghantar lokasi secara langsung melalui kumpulan
                                        WhatAapp dan pada pukul 8.47 pagi penyelia telah tiba di sekolah. Saya dan kawan saya iaitu Gan
                                        menyambut penyelia dan membawanya ke pejabat sekolah untuk berjumpa dengan Guru Penolong
                                        Kanan Pentadbiran selaku pemangku pengetua iaitu Cikgu Sabariah. Kemudian, kami membawa
                                        penyelia ke bengkel PVMA untuk sesi penilaian. Saya memulakan pengajaran dan pembelajaran (pdp)
                                        ke atas pelajar Tingkatan 5. Saya memulakan PdP kepada pelajar Tingkatan 5 dan diselia selama satu
                                        jam dari pukul 9:10 pagi hingga 10:10 pagi. Selepas tamat, penyelia bertemu dengan guru pembimbing
                                        untuk mendapatkan maklum balas tentang saya. Penyelia kemudian memberikan komen mengenai sesi
                                        pengajaran saya.
            REFLEKSI :                  1. BISIKAN HATI
                    1.Bisikan Hati        Saya merasa gementar sebelum penyelia tiba, tetapi cuba mengatasi perasaan tersebut dengan
                     2.Menganalisis/Menilai   bersedia sepenuhnya dan fokus pada penyampaian pengajaran yang terbaik. Saya juga berasa
                     3.Kesedaran Baru     gembira dan terharu kerana pelajar memberi kerjasama yang baik sewaktu diselia oleh penyelia iaitu
                     4.Cadangan/Tindakan   Dr. Norkhairolizah binti Hamzah.

                                        2. MENGANALISIS / MENILAI
                                          Sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan pelajar memberi tumpuan yang baik
                                          sepanjang sesi pengajaran dan pembelajarn berlangsung. Saya juga mengkaji dengan teliti setiap
                                          langkah dalam PdP saya, merenung kembali kelemahan dan kelebihan, serta mencari cara untuk
                                          meningkatkan prestasi saya di masa akan datang.

                                        3. KESEDARAN BARU

                                          Terdapat beberapa kekurangan dari segi aktiviti pengajaran kerana tidak sama dengan rancangan
                                          pengajaran hariah (RPH). Melalui pengalaman ini, saya menyedari kepentingan persediaan yang
                                          matang sebelum sesi penilaian, serta pentingnya menerima maklum balas secara positif untuk
                                          pembangunan peribadi dan profesional.
   445   446   447   448   449   450   451   452   453   454   455