Page 471 - E-PORTFOLIO LAPORAN AKHIR LM (NABILAH BINTI MAT JIDIN -AB200054)
P. 471
FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
TARIKH CETAK : 20/06/2024
MASA : 5:30:00 PM
LAPORAN JURNAL/REFLEKSI
PROGRAM LATIHAN MENGAJAR
NAMA : NABILAH BINTI MAT JIDIN
NO MATRIK : AB200054
SEMESTER : SEMESTER 2 2023/2024
TARIKH 19/06/2024 – 20/06/2024
TAJUK MINGGU KEDUA BELAS :
Mesyuarat Dialog Prestasi Pengurusan Kurikulum Bil 2/2024 dan Post Mortem SPM 2023.
PERISTIWA Pada hari Khamis, 20/06/2024, sekolah telah mengadakan satu mesyuarat yang melibatkan semua guru.
Mesyuarat ini berlangsung pada pukul 2 petang di Bilik Mesyuarat SMK Telok Kerang. Fokus
mesyuarat Dialog Prestasi adalah:
Perbandingan PPC 2023 vs SPM 2023
1. MP LMS
- B.Melayu
- Sejarah
2. MP DTP
- Matematik
- Sains
- P. Islam/ P. Moral
- B. Inggeris
Intervensi PPC 2023 juga disertakan sebagai penilaian program sama ada berjaya capai target ETR
2023.
(Cadangan: diteruskan bagi SPM 2024 bagi MP yang berjaya capai ETR, digugurkan atau dibuat
penambahbaikan bagi MP yang tidak mencapai sasaran)
Aspek sumbangan pemberat GPS mengikut MP dan mengikut tingkatan juga disertakan.
REFLEKSI :
1.Bisikan Hati 1. BISIKAN HATI
2.Menganalisis/Menilai Keterlibatan aktif dalam mesyuarat ini memberikan kesedaran mendalam tentang pentingnya
3.Kesedaran Baru analisis prestasi akademik dan intervensi berkesan untuk peningkatan prestasi pelajar.
4.Cadangan/Tindakan
2. MENGANALISIS / MENILAI
Perbandingan antara PPC 2023 dan SPM 2023 menunjukkan perbezaan dalam pencapaian pelajar
berdasarkan mata pelajaran. Mata pelajaran yang mencapai target ETR menunjukkan keberkesanan
intervensi yang telah dilaksanakan, sementara yang tidak mencapai target memerlukan
penambahbaikan segera.
Sumbangan pemberat GPS mengikut mata pelajaran dan tingkatan memberikan gambaran jelas
tentang aspek mana yang memerlukan perhatian lebih untuk mencapai prestasi keseluruhan yang
lebih baik.