Page 59 - KPM Pelan Transformasi ICT
        P. 59
     Inisiatif  B7:  Membangunkan  sistem  aplikasi  yang  bersepadu  untuk
                      menguruskan pemberian biasiswa dan bantuan kewangan di seluruh KPM
                        Sistem Biasiswa Dan Bantuan Kewangan
                        Objektif
                                            i.   Menyediakan  sistem  berpusat  untuk  memproses
                                                 pengurusan  biasiswa  dan  semua  permohonan  bantuan
                                                 kewangan yang menyeluruh di KPM.
                                           ii.   Bantuan kewangan dan biasiswa kepada golongan sasaran
                                                 dapat dirancang dan diuruskan dengan lebih baik, dengan
                                                 lebih tepat, telus dan terkini.
                                           iii.   Pengurusan  kewangan  bagi  bantuan,  biasiswa  dan
                                                 penajaan yang lebih telus, teratur dan efisien.
                                           iv.   Meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kerajaan
                                                 daripada  aspek  pengurusan  biasiswa  dan  bantuan
                                                 kewangan  yang  selamat,  akauntabiliti  dan  boleh
                                                 dipercayai, seterusnya mempertingkat imej KPM.
                        Tempoh             12 Bulan
                        Pemilik Inisiatif   BKew
                        Pemilik Bersama  BT, BPKhas, BPI, BPSBP
                        Sasaran            2024  ●   Pembangunan sistem
                                                   ●   Pelaksanaan sistem
                                     Jadual 3-7: Inisiatif Sistem Biasiswa dan Bantuan Kewangan
                                                           59





