Page 75 - KPM Pelan Transformasi ICT
P. 75

PENUTUP

                      Pelan Transformasi ICT KPM 2024 – 2025 (Pelanjutan) merupakan satu dokumen
                      pelan tindakan yang menggariskan hala tuju strategik ICT bagi tempoh pelanjutan
                      selama dua (2) tahun. Pelanjutan ini adalah sejajar dengan tempoh pelaksanaan Pelan
                      Strategik  Pendigitalan  Sektor  Awam  2021  –  2025  dan  Pelan  Pembangunan
                      Pendidikan Malaysia 2013 – 2025.

                      Pelan  ini  akan  menjadi  sumber  rujukan  utama  dan  panduan  untuk  melaksanakan
                      program  pendigitalan pendidikan  bagi  memacu  hala  tuju  ICT  KPM  secara  holistik
                      seiring perkembangan teknologi terkini dan keperluan bisnes semasa. Ia juga akan
                      digunakan sebagai rujukan bagi menyokong pelaksanaan Dasar Pendidikan Digital
                      KPM.

                      Sebanyak lapan (8) inisiatif yang telah disemak dan ditambah baik melalui pelan ini
                      bagi  membantu  pemegang  taruh,  bahagian  dan  Jabatan  Pendidikan  Negeri  KPM
                      membuat  persediaan  keperluan  perancangan  aktiviti  dan  peruntukan  supaya
                      pelaksanaan setiap inisiatif berjalan lancar. Di samping lapan (8) inisiatif ini, KPM juga
                      akan  sentiasa  meneruskan  usaha  untuk  menambah  baik  infrastruktur  dan
                      infostruktur  ICT  KPM  dari  semasa  ke  semasa.  Antaranya  dengan  meningkatkan
                      penggunaan pengkomputeran awan di mana beberapa aplikasi telah dikenal pasti
                      seperti  Sistem  Pengurusan  Identiti  (idMe),  Sistem  Kehadiran  Berpusat  (ScanMe),
                      Sistem  Jadual  Waktu  Institusi  Pendidikan  (JWIns),  Aplikasi  EduFlix  KPM,  Sistem
                      Pengurusan  Pentaksiran  Bersepadu  dan  Portal  KPM.  Sistem  sedia  ada  juga  akan
                      sentiasa  ditambah  baik  dengan  meningkatkan  keupayaan  integrasi  antara  sistem
                      dalaman dan luaran KPM berdasarkan kajian yang telah dikenal pasti dari Dokumen
                      Kajian dan Pembangunan EA KPM Peringkat Keupayaan bagi Perkhidmatan Utama
                      KPM.

                      Melalui pelanjutan Pelan Transformasi ICT KPM 2024 - 2025 ini, ia akan membantu
                      merealisasikan  agenda  pendigitalan  negara  dalam  memangkinkan  penyampaian
                      perkhidmatan  dalam  sektor  pendidikan  negara  yang  memberi  impak  dan  manfaat
                      maksimum bagi mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun,
                      peruntukan kewangan, kelulusan jawatankuasa, kemahiran dan keupayaan personel
                      ICT,  komitmen  pengurusan  tertinggi,  kerjasama  daripada  pihak  yang  terlibat,
                      pengurusan  projek  yang  cekap  dan  kesediaan  pengurusan  perubahan  merupakan
                      faktor kritikal kejayaan pelaksanaan pelanjutan Pelan Transformasi ICT KPM 2024 -
                      2025.  Diharapkan  pelan  pelanjutan  yang  telah  dibangunkan  ini  dapat  memberi
                      kefahaman yang jelas tentang status inisiatif yang sedang dan belum dilaksanakan
                      bagi memastikan pemilik inisiatif memahami dan melaksana setiap inisiatif mengikut
                      garis masa yang telah disediakan dalam dokumen ini.


                      Seiring dengan perubahan bisnes dan perkembangan teknologi terkini, perancangan
                      strategik  ICT  perlu  dinilai  dan  ditambah  baik  dalam  usaha  menghadapi  pelbagai
                      cabaran baharu bagi menyokong inisiatif dan dasar nasional. Justeru pembangunan
                      Pelan Strategik Pendigitalan KPM 2026-2030 akan mula dirancang pada tahun 2025.







                                                           74
   70   71   72   73   74   75