Page 4 - Flip PDF Contoh Biasiswa Asas Unisel w senarai semak
P. 4

unisel


                                                                                        UNIVERSITI  SELANGOR
                                                                               Perjanjian Biasiswa Asas UNISEL No. 1220/020827080108



                     (b)  PELAJAR  akan  mengikuti  semua  aktiviti  dan/atau  program  yang  dianjurkan  oleh  UNISEL
                         termasuk yang diwajibkan oleh HEP/PUSAT/FAKULTI;


                     (c)  PELAJAR akan  memberi tumpuan sepenuhnya kepada pengajian dan mencapai  kelulusan
                         minimum iaitu sekurang-kurangnya HPNG/CGPA 2.00 dalam pengajiannya;

                    (d)  PELAJAR  akan  meneruskan  pengajiannya  ke  peringkat  IJAZAH  SARJANA  MUDA  di
                         UNISEL  pada  ambilan  semester  berikutnya  atau  pada  ambilan  semester  yang  lain
                         sebagaimana yang diluluskan oleh UNISEL kemudiannya;


                     (e)  PELAJAR  akan  menyempurnakan  pengajiannya  di  peringkat  IJAZAH  SARJANA  MUDA  di
                         UNISEL  dalam  tempoh  yang  telah  ditetapkan atau  dalam  suatu  tempoh  masa  yang  lebih
                         lama sebagaimana yang diluluskan oleh UNISEL kemudiannya;

                9.  Seterusnya  adalah  dipersetujui  dan  diakui  pada  bila  - bila  masa  dalam  tempoh  Perjanjian  ini
                    berkuat kuasa, PELAJAR TIDAK BOLEH:


                    (a)  mengambil  bahagian  dalam  apa-apa  jua  kegiatan  yang  pada  pendapat  UNISEL  tidak
                         berfaedah  kepada  PELAJAR,  dan  jika  demikian  dikehendaki,  akan  berhenti  daripada
                         mengambil bahagian selanjutnya dalam kegiatan itu;


                     (b)  melakukan perbuatan salahlaku dalam apa cara pun yang pada pendapat  UNISEL mungkin
                         menjatuhkan nama baiknya;


                     (c)  perkongsian  dan/atau penyebaran maklumat yang tidak beretika di media sosial yang pada
                         pendapat UNISEL menjejaskan kepentingan, reputasi dan nama baiknya;


                    (d)  meninggalkan  kursus  pengajiannya  sebelum  sempurnanya  kursus  itu  atau  menukarkan
                         kursus pengajiannya, dalam kedua-dua hal tanpa persetujuan bertulis UNISEL;


                    (e)  melibatkan  diri  dalam  apa-apa  kegiatan  atau  perbuatan  yang  boleh  menjejaskan
                         pengajiannya;


                    (f)  menerima  apa-apa  biasiswa,  dermasiswa  atau  apa-apa  juga  cara  dan  bentuk  tajaan  lain
                         yang  akan  memprejudiskan  UNISEL  dan  bertentangan  dengan  kewajipan-kewajipan  dan
                         tanggungjawabnya PELAJAR di bawah Perjanjian ini.

                10. Seterusnya dipersetujui dan diakui bahawa jika Pelajar;


                     (a)  melanggar mana-mana Fasal dalam Perjanjian ini; atau


                     (b)  disabitkan  dengan apa-apa pelanggaran  dan/atau peraturan yang  ditetapkan oleh  UNISEL
                         ke atas PELAJAR; atau


                                                            [3]
   1   2   3   4   5   6   7   8   9