Page 7 - laporan amali 2 - kumbang beras
P. 7
Di samping itu, terdapat beberapa petua yang boleh digunakan untuk menghalau
kumbang beras. Letakkan bahan yang mempunyai aroma kuat seperti daun limau purut,
daun pandan dan kulit kayu manis. Walaupun ianya wangi pada hidung kita, namun
kumbang beras sangat tidak selesa dengan baunya. Untuk kesan yang lebih efektif,
masukkan daun tersebut pada 3 bahagian beras; atas, tengah dan bawah supaya kumbang
beras dapat diusir dengan cepat. Jika didapati terlalu banyak kumbang beras dalam beras
tersebut, anda boleh meletakkan cili kering. Rasa pedas dan panas ini menyebabkan
kumbang beras berasa tidak selesa. Kemudian, beras tersebut dijemur di bawah cahaya
matahari. Anda akan mendapati bahawa kumbang beras tersebut berpusu-pusu keluar dari
beras.
3. Selain daripada beras, bijirin apa yang selalu menghadapi masalah serangan
kumbang ini dan cadangkan kaedah penyimpanan yang sesuai tanpa merosakkan
kualiti bijirin tersebut
Bijirin yang turut menghadapi serangan kumbang adalah tepung, kekacang dan
jagung kering. Untuk penyimpanan di rumah, bijirin tersebut boleh disimpan dalam bekas
tertutup dan disimpan di tempat bersih, sejuk dan kering seperti peti sejuk. Kekacang boleh
disimpan di dalam bekas kedap udara dan boleh juga disimpan dalam peti sejuk sekiranya
ingin menyimpannya dalam tempoh yang lebih lama.
Menurut Buletin Teknologi MARDI (2013), MARDI telah menjalankan aktiviti
penyelidikan dan pembangunan terhadap aspek mutu beras dan juga penyimpanan. Salah
satu aktiviti yang dijalankan ialah mengekalkan kualiti beras semasa penyimpanan melalui
teknik keusangan cepat, mutu beras dapat ditingkatkan. Melalui kajian, MARDI
membangunkan proses keusangan cepat dengan penggunaan haba lembab pada peringkat
pengeringan padi. Keusangan cepat dihasilkan dengan memanaskan padi pada
kelembapan (18, 20 dan 24%) dengan suhu tinggi (80, 100 dan 120 °C) di dalam bekas
tertutup agar tiada kehilangan lembapan untuk mengelakkan keretakan padi.
Bushan Bibwe (2017) menyatakan bahawa kaedah Penyimpanan Hermetic
meningkatkan kualiti bijirin dan biji benih kerana ianya mengekalkan kandungan
kelembapan dan mengurangkan kerosakan akibat serangga perosak tanpa menggunakan
racun serangga. Penyimpanan Hermetic berperanan dengan mengedapkan bijirin yang
disimpan daripada atmosfera luar. Ia mengelakkan kemasukan oksigen dan udara yang
lembap daripada udara persekitaran dan melindungi bijirin daripada serangga perosak.
Dalam kaedah penyimpanan ini, terdapat beberapa bahan peralatan yang berbeza untuk
6