Page 3 - ebook amali kumbang beras
P. 3

TAJUK


                 Persampelan populasi kumbang beras




                 TUJUAN


                 Menentukan bilangan kumbang beras dalam sesuatu satu populasi




                 PENGENALAN / TEORI

                        Sitophilus  oryzae,  atau  lebih  dikenali  dengan  nama  bubuk  beras,  ialah  sejenis

                 serangga perosak yang terdapat dalam beras  dan bijirin lain dari keluarga Circulionidae.
                 Turut dikenali sebagai kutu beras atau kumbang beras, serangga ini dijumpai di kawasan

                 tropika dan sub-tropika. Seringkali ia dijumpai di dalam beras yang disimpan untuk beberapa
                 ketika dan didapati bahawa beras tersebut telah rosak. Penyimpanan beras memerlukan
                 teknologi khusus untuk  mengawal serangga ini dari terus memusnahkan stok simpanan

                 beras. Namun begitu, kaedah pengawalan ini perlu disesuaikan agar tidak memberi kesan
                 kimia terhadap beras yang akan digunakan oleh manusia.


                        Untuk amali pada kali ini, kami telah menggunakan 2 sampel beras iaitu sampel A
                 dan sampel B. Kedua-duanya adalah jenis dan jenama berasa yang sama iaitu beras Jati.
                 Namun begitu, tempoh peraman bagi setiap sampel adalah berbeza. Sampel A adalah beras

                 yang  disimpan  dalam  tempoh  6  minggu  dan  telah  mengalami  kerosakan  yang  teruk
                 manakala  sampel  B  adalah  beras  yang  disimpan  dalam  tempoh  3  minggu  dan  tidak
                 mempunyai banyak kerosakan.





                 ALAT DAN BAHAN

                    •  Beras yang mengandungi kumbang beras

                    •  1 sudu plastik besar
                    •  2 piring petri besar yang berdiameter 10-15 cm

                    •  1 berus lukis kecil
                    •  1 bikar muatan 1 liter

                    •  Penimbang
                    •  Kertas putih A4


                                                             2
   1   2   3   4   5   6   7   8