Page 7 - ebook amali kumbang beras
P. 7

Di samping itu, terdapat beberapa petua yang boleh digunakan untuk menghalau

                 kumbang beras. Letakkan bahan yang mempunyai aroma kuat seperti daun limau purut,
                 daun  pandan  dan  kulit  kayu  manis.  Walaupun  ianya  wangi  pada  hidung  kita,  namun
                 kumbang  beras  sangat  tidak  selesa  dengan  baunya.  Untuk  kesan  yang  lebih  efektif,

                 masukkan daun tersebut pada 3 bahagian beras; atas, tengah dan bawah supaya kumbang
                 beras dapat diusir dengan cepat. Jika didapati terlalu banyak kumbang beras dalam beras
                 tersebut,  anda  boleh  meletakkan  cili  kering.  Rasa  pedas  dan  panas  ini  menyebabkan

                 kumbang beras berasa tidak selesa. Kemudian, beras tersebut dijemur di bawah cahaya
                 matahari. Anda akan mendapati bahawa kumbang beras tersebut berpusu-pusu keluar dari
                 beras.





                 3.  Selain  daripada  beras,  bijirin  apa  yang  selalu  menghadapi  masalah  serangan
                 kumbang ini  dan cadangkan kaedah penyimpanan yang sesuai  tanpa merosakkan
                 kualiti bijirin tersebut


                        Bijirin  yang  turut  menghadapi  serangan  kumbang  adalah  tepung,  kekacang  dan
                 jagung kering. Untuk penyimpanan di rumah, bijirin tersebut boleh disimpan dalam bekas

                 tertutup dan disimpan di tempat bersih, sejuk dan kering seperti peti sejuk. Kekacang boleh
                 disimpan di dalam bekas kedap udara dan boleh juga disimpan dalam peti sejuk sekiranya

                 ingin menyimpannya dalam tempoh yang lebih lama.

                        Menurut  Buletin  Teknologi  MARDI  (2013),  MARDI  telah  menjalankan  aktiviti

                 penyelidikan dan pembangunan terhadap aspek mutu beras dan juga penyimpanan. Salah
                 satu aktiviti yang dijalankan ialah mengekalkan kualiti beras semasa penyimpanan melalui
                 teknik  keusangan  cepat,  mutu  beras  dapat  ditingkatkan.  Melalui  kajian,  MARDI

                 membangunkan proses keusangan cepat dengan penggunaan haba lembab pada peringkat
                 pengeringan  padi.  Keusangan  cepat  dihasilkan  dengan  memanaskan  padi  pada
                 kelembapan (18, 20 dan 24%) dengan suhu tinggi (80, 100 dan 120 °C) di dalam bekas

                 tertutup agar tiada kehilangan lembapan untuk mengelakkan keretakan padi.

                        Bushan  Bibwe  (2017)  menyatakan  bahawa  kaedah  Penyimpanan  Hermetic

                 meningkatkan  kualiti  bijirin  dan  biji  benih  kerana  ianya  mengekalkan  kandungan
                 kelembapan dan mengurangkan kerosakan akibat serangga perosak tanpa menggunakan
                 racun  serangga.  Penyimpanan  Hermetic  berperanan  dengan  mengedapkan  bijirin  yang

                 disimpan  daripada atmosfera luar. Ia mengelakkan kemasukan oksigen  dan udara yang
                 lembap  daripada  udara  persekitaran  dan  melindungi  bijirin  daripada  serangga  perosak.

                 Dalam kaedah penyimpanan ini, terdapat beberapa bahan peralatan yang berbeza untuk
                                                             6
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11