Page 4 - HIGH-5
P. 4
PRAKATA
Segala puji bagi Allah SWT yang telah mengurniakan ilham dan
kekuatan kepada kami dalam usaha menyusun buku HIGH-5 ini. Buku
ini dihasilkan dengan tujuan memudahkan para pembaca memahami
dan mempraktikkan lima hukum tajwid yang utama iaitu Iqlab, Idgham
Maal Ghunnah, Ikhfa Haqiqi, Idgham Bila Ghunnah, dan Izhar Halqi.
Hukum-hukum ini merupakan asas penting dalam pembacaan Al-
Quran dengan bacaan yang tepat dan lancar.
Sebagai penulis, kami berusaha untuk menjelaskan setiap hukum
tajwid dengan gaya yang mudah difahami serta menyediakan contoh-
contoh yang jelas untuk setiap hukum. Buku ini diharapkan dapat
menjadi rujukan berguna bagi para pelajar, guru-guru serta sesiapa
sahaja yang berminat untuk memperbaiki bacaan Al-Quran mereka.
Kami juga ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak
yang telah memberi sokongan dan dorongan dalam menjayakan buku
ini. Semoga usaha kecil kami ini dapat memberi manfaat kepada
semua dan menjadi salah satu sumbangan kami dalam usaha
menyebarkan ilmu Al-Quran.
Akhir kata, besar harapan kami agar buku ini dapat dimanfaatkan
sepenuhnya, dan semoga segala usaha yang dicurahkan dalam
penyusunan buku ini diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT serta
menjadi panduan yang bermanfaat kepada pembaca sekalian.
iii