Page 4 - HIGH-5 EBOOK
P. 4

PRAKATA



               Segala  puji  bagi  Allah  SWT  yang  telah  mengurniakan  ilham  dan
               kekuatan kepada kami dalam usaha menyusun buku HIGH-5 ini. Buku

               ini dihasilkan dengan tujuan memudahkan para pembaca memahami
               dan mempraktikkan lima hukum tajwid yang utama iaitu Iqlab, Idgham

               Maal Ghunnah, Ikhfa Haqiqi, Idgham Bila Ghunnah, dan Izhar Halqi.

               Hukum-hukum  ini  merupakan  asas  penting  dalam  pembacaan  Al-
               Quran dengan bacaan yang tepat dan lancar.



                      Sebagai penulis, kami berusaha untuk menjelaskan setiap hukum

               tajwid dengan gaya yang mudah difahami serta menyediakan contoh-
               contoh  yang  jelas  untuk  setiap  hukum.  Buku  ini  diharapkan  dapat

               menjadi  rujukan  berguna  bagi  para  pelajar,  guru-guru  serta  sesiapa
               sahaja yang berminat untuk memperbaiki bacaan Al-Quran mereka.



                        Kami juga ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak

               yang telah memberi sokongan dan dorongan dalam menjayakan buku
               ini.  Semoga  usaha  kecil  kami  ini  dapat  memberi  manfaat  kepada

               semua  dan  menjadi  salah  satu  sumbangan  kami  dalam  usaha
               menyebarkan ilmu Al-Quran.




                      Akhir kata, besar harapan kami agar buku ini dapat dimanfaatkan
               sepenuhnya,  dan  semoga  segala  usaha  yang  dicurahkan  dalam

               penyusunan  buku  ini  diberi  ganjaran  pahala  oleh  Allah  SWT  serta
               menjadi panduan yang bermanfaat kepada pembaca sekalian.
























                                                          iii
   1   2   3   4   5   6   7   8   9