Page 4 - Copy of inovasi ebook
P. 4

PRAKATA



               Segala  puji  bagi  Allah  SWT  yang  telah  mengurniakan  ilham  dan
               kekuatan kepada kami dalam usaha menyusun buku ini, HIGH-5: Jom

               Belajar Tajwid!. Buku ini dihasilkan dengan tujuan memudahkan para
               pembaca  memahami  dan  mempraktikkan  lima  hukum  tajwid  yang

               utama  iaitu  Iqlab,  Idgham  Maal  Ghunnah,  Ikhfa  Haqiqi,  Idgham  Bila

               Ghunnah, dan Izhar Halqi. Hukum-hukum ini merupakan asas penting
               dalam pembacaan Al-Quran dengan bacaan yang tepat dan lancar.



               Sebagai  penulis,  kami  berusaha  untuk  menjelaskan  setiap  hukum

               tajwid dengan gaya yang mudah difahami serta menyediakan contoh-
               contoh  yang  jelas  untuk  setiap  hukum.  Buku  ini  diharapkan  dapat

               menjadi  rujukan  berguna  bagi  para  pelajar,  guru-guru  serta  sesiapa
               sahaja yang berminat untuk memperbaiki bacaan Al-Quran mereka.



               Kami juga ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang

               telah memberi sokongan dan dorongan dalam menjayakan buku ini.
               Semoga usaha kecil kami ini dapat memberi manfaat kepada semua

               dan menjadi salah satu sumbangan kami dalam usaha menyebarkan
               ilmu Al-Quran.




               Akhir  kata,  besar  harapan  kami  agar  buku  ini  dapat  dimanfaatkan
               sepenuhnya,  dan  semoga  segala  usaha  yang  dicurahkan  dalam

               penyusunan  buku  ini  diberi  ganjaran  pahala  oleh  Allah  SWT  serta
               menjadi panduan yang bermanfaat kepada pembaca sekalian.
























                                                          iii
   1   2   3   4   5   6   7   8   9