Page 7 - PowerPoint Presentation
P. 7
Antara bandar di bawah pemerintahan Rom termasuklah
Pompei yang merupakan bandar contoh disebabkan wujudnya
pelbagai kemudahan di bandar ini. Misalnya, di Pompei terdapat
pejabat, dewan orang ramai, mahkamah, perpustakaan, rumah
ibadat, kedai, pintu gerbang dan colloseum (binaan bulat tanpa
atap, tempat pertandingan bagi pahlawan Rom).
Pompei
Pada tahun 80 M., bandar Pompei mempunyai penduduk seramai 50
000 orang. Selain itu, terdapat juga sistem saliran bawah tanah yang
menyalurkan air melalui paip sejauh 165 kilometer yang melibatkan 14
buah saliran atau terusan. Dengan adanya saliran tersebut, bekalan air
dapat diberikan kepada penduduk di Pompei pada waktu aman dan
semasa peperangan, selain digunakan untuk tujuan perindustrian dan
pengangkutan.
Tamadun Rom merupakan salah satu tamadun yang terunggul
dalam sejarah manusia, selain Tamadun Yunani, Indus, India, China
dan sebagainya.