Page 3 - 0. Riyadhus Sholihin
P. 3
الله هملعي هودبت وأ مكرودص يف ام اوفخت نإ لق
"Katakanlah - wahai Muhammad ,sekalipun engkau semua sembunyikan apa-apa yang ada di
dalam hatimu ataupun engkau sekalian tampakkan, pasti diketahui juga oleh Allah." (ali-
lmran: 29)
ىؤل نب ىدع نب حازر نب طرق نب حاير نب ىزعلا دبع نب ليفن نب باطخلا نب رمع صفح يبأ نينمؤملا ريمأ نعو 1-
امنإو ،تاينلاب لامعلأا امنإ : " لوقي ملسو هيلع الله ىلص الله لوسر تعم : س لاق ،هنع الله يضر . ىودعلا ىشرقلا ب لاغ نبا
ةأرما وأ ،اهبيصي ايندل هترجه تناك نمو ،هلوسرو الله ىلإ هترجهف هلوسرو الله ىلإ هترجه تناك نمف ىون ام ءىرما لكل
ملسم نب جاجحلا نب ملسم نيسحلا وبأ : نيث دحملا امامإ هاور . هتحص ىلع قفتم " ( ( هيلإ رجاه ام ىلإ هترجهف اهحكني
) ) . ةفنصملا بتكلا حصأ امه نيذللا امهحيحص يف امهنع الله يضر ىروباسينلا ىريشقلا
1. Dari Amirul mu'minin Abu Hafs iaitu Umar bin Al-khaththab bin Nufail bin Abdul 'Uzza
bin Riah bin Abdullah bin Qurth bin Razah bin 'Adi bin Ka'ab bin Luai bin Ghalib al-Qurasyi
al-'Adawi r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Hanyasanya semua amal perbuatan itu dengan disertai niat-niatnya dan hanyasanya bagi
setiap orang itu apa yang telah menjadi niatnya. Maka barangsiapa yang hijrahnya itu kepada
Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itupun kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa
yang hijrahnya itu untuk harta dunia yang hendak diperolehinya, ataupun untuk seorang
wanita yang hendak dikahwininya, maka hijrahnyapun kepada sesuatu yang dimaksud dalam
hijrahnya itu."
(Muttafaq (disepakati) atas keshahihannya Hadis ini)
Diriwayatkan oleh dua orang imam ahli Hadis iaitu Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin
Ibrahim bin Almughirah bin Bardizbah Alju'fi Albukhari, - lazim disingkat dengan Bukhari
saja -dan Abulhusain Muslim bin Alhajjaj bin Muslim Alqusyairi Annaisaburi, - lazim
disingkat dengan Muslim saja - radhiallahu 'anhuma dalam kedua kitab masing-masing yang
keduanya itu adalah seshahih-shahihnya kitab Hadis yang dikarangkan.
Keterangan:
Hadis di atas adalah berhubung erat dengan persoalan niat. Rasulullah s.a.w.
menyabdakannya itu ialah kerana di antara para sahabat Nabi s.a.w. sewaktu mengikuti untuk
berhijrah dari Makkah ke Madinah, semata-mata sebab terpikat oleh seorang wanita yakni
Ummu Qais. Beliau s.a.w. mengetahui maksud orang itu, lalu bersabda sebagaimana di atas.