Page 732 - Bab_1. Ikhlas
P. 732

Demikian  pula  seperti  dipotong  tangan  kerana  mencuri  yang  sudah  mencapai  batas  untuk
               bolehnya  dipotong  atau  pun  diberi  hukuman  pukul  (didera)  serta  direjam,  menurut
               ketentuannya  sendiri-sendiri,  jika  melakukan  perzinaan  dan  lain-lain  lagi.  Inilah  yang
               dimaksudkan dengan sabda Nabi s.a.w.


               "Kecuali dengan haknya."



               Mengenai hisab atau perhitungan amal perbuatan mereka adalah menjadi urusan Allah Ta'ala
               sendiri.



               Perlu  dimaklumi  bahawa  golongan  Ahlulkitab  yakni  kaum  yang  beragama  Nasrani  atau
               Yahudi, tidak boleh secara langsung diperangi. Mereka diperbolehkan memilih salah satu di
               antara  dua  hal  yakni  membayar  pajak.  Ini  adalah  pilihan  yang  pertama.  Jika  mereka  suka
               melaksanakan itu, mereka pun wajib dilindungi keselamatan diri dan hartanya. Tetapi jikalau
               enggan, maka pilihan kedua boleh dilaksanakan, iaitu boleh diperangi.






               Nota kaki:



               Hadis ini memberikan suatu isyarat bahwa pada akhir zaman nanti akan banyak sekali terjadi
               berbagai macam fitnah dan datang secara beruntun-runtun. Setiap satu  macam fitnah telah
               lenyap, lalu disusul pula oleh fitnah yang lainnya. Semoga kita dikaruniai keselamatan oleh
               Allah.
   727   728   729   730   731   732   733