Page 46 - Ir. Zul Earthworks CKG
P. 46

▪ Kerja tanah merupakan elemen penting dalam kejuruteraan awam seperti pembinaan

            jalan, platform bangunan, lapangan terbang dan lain-lain lagi.

        ▪ Kerja tanah merupakan penyediaan aras pembentukan seperti yang dikehendaki oleh
            lukisan melibatkan kerja pembersihan tapak, penggalian/pengorekan tanah, penambakan                                            RUMUSAN

            tanah, pemadatan tanah dan kawalan hakisan permukaan cerun.

        ▪ Dalam kerja penambakan, banyak masalah timbul disebabkan oleh pemadatan seperti
            enapan bangunan dan jalan, kerosakan kepada bangunan dan kegagalan tambakan


        ▪ Dalam kerja pengalian/pengorekan, banyak masalah seperti kegagalan cerun disebabkan
            oleh tiada kawalan terhadap perlindungan permukaan cerun.

        ▪ Pengetahuan yang mendalam tentang sifat dan keadaan tanah di kawasan pembinaan
            merupakan salah satu elemen yang kritikal.

        ▪ Pemahaman kepada keperluan Spesifikasi Piawai JKR : Kerja Tanah adalah penting dalam

            pengurusan kontrak dan kawalan kualiti di peringkat pembinaan.

        ▪ Kerjasama dalam kalangan jurutera geoteknik, P.P. dan Kontraktor adalah penting untuk
            mengatasi cabaran berkaitan tanah dan memastikan pembinaan yang selamat, berkesan

            dan bertahan lama.
   41   42   43   44   45   46   47