Page 12 - BICARA HATI
P. 12
KEBURUKAN KEBEBASAN SOSIAL
Pergaulan bebas sering dikonotasikan
dengan sesuatu yang negatif seperti seks
bebas, narkoba, kehidupan malam dan lain-
lain. Memang istilah ini diadaptasi dari
budaya barat dimana orang bebas untuk
melakukan hal-hal diatas tanpa takut
menyalahi norma-norma yang ada dalam
masyarakat. Pada masa kini, penyimpangan
dan masalah seksual khusus di kalangan
remaja semakin membimbangkan.
Pergeseran kefahaman seperti dosa masing-
masing tanggung, kubur masing-masing jaga
membuatkan masalah dosa dan zina sesuatu
yang mula dipandang remeh. Penyimpangan
seks iaitu zina sesuatu yang amat keji dan
mesti dihindari setiap Muslim sebagaimana
firman Allah yang bermaksud... “dan
janganlah kamu mendekati zina
sesungguhnya zina itu perbuatan yang
sangat keji dan satu jalan yang sangat buruk.”
Alam remaja adalah alam yang sangat
mencabar sehingga disebut Nabi dalam satu
senarai orang kenamaan akhirat adalah
remaja yang terselamat dan menyelamatkan
diri daripada zina.