Page 14 - BICARA HATI
P. 14
KEBURUKAN PERGAULAN BEBAS
1 Kemerosotan pelajaran. Bagi pelajar yang kerap
bersosial dan sering keluar berpasangan tanpa
sebarang ikatan yang sah, mereka ini mudah
terjerumus kepada perkara-perkara yang merosakkan
akhlak ini telah menukarkan tumpuan utama pelajar
kepada pelajaran dan lebih leka kepada berseronok
dan menghabiskan masa berpacaran dengan
pasangan.
2 Tersebarnya penyakit-penyakit yang membawa
maut. Terdapat pelbagai penyakit yang lahir
disebabkan oleh hubungan bebas di antara lelaki
dan wanita tidak kiralah mental mahupun fizikal.
Antara penyakit tersebut ialah AIDS. Penyakit ini
boleh membawa maut dan ubatnya masih belum
ditemui sehingga ke hari ini.
3 Keruntuhan akhlak. Keruntuhan akhlak dalam
kalangan remaja akibat daripada pergaulan yang
terlalu bebas. Mereka mudah sahaja berkawan
dengan individu-individu yang tidak dikenali. Para
remaja masa ini amat terdedah kepada kumpulan-
kumpulan yang tidak baik seperti kumpulan 'mat
rempit', gangster dan sebagainya.