Page 35 - 2020 BUKU AGM 44---edited-6a
P. 35

USUL / CADANGAN
                                                   (Ibu Bapa Hadir)


             1.   Kantin :
                  i)  Supaya kantin sekolah tidak menjual makanan yang diproses seperti nugget, hot dog dan
                      sebagainya kepada pelajar selari dengan arahan MOE.
                                                                             (Encik Mohd Najyasyraf bin Hussin)

                  Jawapan:
                  Surat amaran telah dikeluarkan oleh pihak sekolah kepada pengusaha kantin dan pemantauan akan
                  dibuat dari semasa ke semasa.

                  ii)  Kantin sekolah harus menjual dengan harga yang berpatutan.
                                                                 (Encik Muhammad Harmizi bin Muhamad Shah)
                  Jawapan:
                  Sama seperti di atas

                  iii)  Menukar menu di kantin kepada yang lebih baik. Menambah kemudahan tempat duduk untuk
                        murid-murid makan sewaktu rehat. Menyediakan laluan berpalang untuk murid-murid beratur di
                        dalam barisan membeli makanan dan minuman di kantin.
                                                                          (Encik Muhammad Sufyan bin Azman )
                  Jawapan:
                   i) Menu yang disediakan bertukar setiap hari mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh
                     KPM.
                  ii) Kawasan kantin kita amat terhad, namun begitu murid – murid dibenarkan makan di tapak
                      perhimpunan.
                  iii) Murid diarahkan berbaris sahaja bagi mengambil kira ruang tempat yang terhad.

             2.   Gotong-Royong :
                  i)  Program gotong-royong perlu diadakan di sekolah.
                                                                               (Puan Khairunnisa Mohd Yussof)
                  Jawapan:
                  Program gotong-royong akan dijalankan pada 11 April 2020 mengikut takwim yang dirancang.
                  InsyaAllah


                  ii)  Diadakan gotong-royong perdana kerana sampah sarap didalam longkang dihadapan pagar
                       sekolah boleh mendatangkan kemudaratan kepada pelajar-pelajar khasnya.
                                                                       (Encik Mohd Hisyarullil bin Hj Md Husain)
                  Jawapan:
                  Sama seperti di atas.


             3.   Sumbangan Kertas A4 :
                  Lembaran kerja kertas A4 dicadangkan satu murid 1 rim atau RM10.00.
                                                                              (Puan Shahrina binti Mohd Salleh)
                  Jawapan:
                  Mohon dibincangkan dalam mesyuarat agung untuk mendapat sokongan dan persetujuan ibu bapa
                  yang hadir.


             4.   Keceriaan :
                  Pihak sekolah perlu tanggalkan banner iklan dipagar utama yang tidak ada kaitan dengan sekolah
                  kerana mencacatkan pandangan.
                                                                       (Encik Mohd Hisyarullil Bin Hj Md Husain)
                  Jawapan:
                  Telah diambil tindakan.







                                                           35
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40