Page 17 - majalah bidayuh pep (5)
P. 17
Beliau berkata beliau tidak pasti dengan adat kampung
(persekitaran) lain tetapi ketika pengebumian ahli keluarganya ,
mereka tidak meletakkan barang kepunyaan si mati ke dalam
keranda. Disebaliknya, mereka membakar beberapa barang
peribadi si mati selepas itu. Beliau bertambah lagi kepercayaan
dahulu adalah apabila seekor haiwan eksotik masuk ke dalam
rumah (contoh, ular), ia menanda ahli keluarga mereka yang
telah meninggal dunia datang melawat.
Bidayuh (Lundu – Salako)
Menurut sumber yang berbangsa Bidayuh Salako, salah
satu amalan yang diamalkan oleh mereka adalah amalan
sam-sam, iaitu sebuah perintah berkurung di dalam
kampung.
Ketika sam-sam dilaksanakan, penduduk tidak dibenarkan keluar
dari rumah dan tidak dibenarkan untuk menonton televisyen
dan radio dengan volume yang kuat. Sepanjang durasi ini, tiada
perayaan disambutkan dan semua kerja luar diberhentikan.
Penduduk diwajibkan untuk duduk di rumah (social distancing
before PKP!) 15