Page 13 - majalah bidayuh pep (4)
P. 13
Ketika mereka masih pagan,
mayat hanya akan disimpan
selama sehari dan dibakar
kemudian, tetapi memandangkan
kebanyakan mereka kini sudah
memeluk agama Kristian, sebuah
adat baru diperkenalkan. Pada
waktu malam, seorang wakil
ditugaskan untuk menjaga
keranda. Mereka akan ke tanah
perkuburan untuk
pengebumian selepas
7 hari, setelah semua
ahli keluarga sudah
sampai ke rumah
keluarga si mati. Dalam
7 hari tersebut, mereka
akan bersembahyang
dan akan menutup
televisyen dan
menutup cermin
dengan kain. 11