Page 16 - majalah bidayuh pep (4)
P. 16
Gelang ini akan diguna
selama 7 hari sebagai tanda
menghormati si mati,
manakala ada juga akan
menggunakan selama 40 hari
sebagai tanda berkabung.
Namun, yang wajib adalah 7
hari. Mereka juga akan
berjaga selama 7 hari dan
semua lampu di dalam
rumah mesti dihidupkan
sepanjang durasi ini serta
kucing perliharaan
dikurungkan untuk mengelak
kucing tersebut melangkah
mayat.
Menurut pengalaman peribadi masyarakat, ketika salah
seorang ahli keluarga beliau meninggal dunia, anak kepada
ahli keluarga bertindak sebagai wakil untuk memecahkan
pinggan mangkuk sebagai tanda si mati akan dibawa keluar
dari rumah. Ketika ahli keluarga sudah nazak, datuk beliau
membawa sebuah mangkuk berisi duit syiling dan meletakkan
mangkuk tersebut dekat dengan kepala ahli keluarganya yang
nazak sambil berkata sekiranya dia (ahli keluarga tersebut)
berhutang sesiapa, minta dihalalkan. 14