Page 5 - majalah bidayuh pep (1)final 2
P. 5
Etnik bidayuh mempunyai reka bentuk rumah yg unik, bentuk
rumah bulat dan juga rumah panjang yang diperbuat daripada
buluh. Lazimnya penempatan rumah panjang suku kaum
Bidayuh terletak jauh di kawasan pedalaman dan tanah tinggi. Ini
adalah bagi tujuan keselamatan iaitu sukar untuk dikesan oleh
musuh.Struktur rumah panjang kaum Bidayuh tidak jauh bezanya
dengan struktur rumah panjang masyarakat Iban di Sarawak.
K E N A L I R U M A H M A S Y A R A K A T
Atap rumah panjang kaum Bidayuh diperbuat daripada atap
rumbia atau sagu, manakala dindingnya pula daripada buluh.
B I D A Y U H
Pelantar atau lantai rumah panjang pula diperbuat daripada
papan atau buluh manakala tiangnya pula diperbuat daripada
RUMAH Rumah panjang masyarakat Bidayuh terbahagi kepada 3
kayu belian.
bahagian iaitu bilik utama, awah dan tanju. Bilik utama dapat kita
samakan dengan ruang utama kediaman pada masa sekarang.
Di dalam bilik ini masyarakat Bidayuh lazimnya meletakkan
barang-barang peribadi milik keluarga dan keturunan mereka
seperti gong, tempayan, tembikar dan sebagainya. Ruang ini
juga berfungsi sebagai tempat tidur di kala malam hari. Awah
pula adalah bahagian pelantar di luar rumah panjang masyarakat
Bidayuh dan lazimnya ia bertutup dan beratap. Ia dapatlah
disamakan dengan berandah rumah pada masa ini. Di "awah"
masyarakat Bidayuh menjalankan aktiviti aktiviti harian mereka
seperti menganyam, berbual, membuat peralatan bertani dan
sebagainya. Ruangan Awah juga akan digunakan untuk
sebarang upacara keagamaan seperti perkahwinan, pantang
larang dan pesta-pesta tertentu seperti pesta gawai dan
sebagainya. "tanju" pula adalah bahagian terluar di dalam rumah
panjang masyarakat Bidayuh. Bahagian tanju agak terdedah dan
N O M A D I C | 2 4
lazimnya ia tidak bertutup mahupun beratap. Tanju lazimnya
digunakan untuk menjemur hasil tuaian masyarakat Bidayuh