Page 16 - KarnivaBahasaMiniJPMIPGMKPI
P. 16
PERTANDINGAN PIDATO KARNIVAL MINI
BAHASA MELAYU PERINGKAT IPGM KPI
TAHUN 2024
1.0 PENGENALAN
1.1 Pertandingan Pidato merupakan satu acara dalam Karnival Mini
Bahasa Melayu Peringkat IPGM KPI Tahun 2024.
1.2
1.3 Objektif pertandingan ini adalah untuk melahirkan siswa guru yang
berketerampilan dalam menyampaikan ucapan menggunakan bahasa
Melayu. Pertandingan ini juga bertujuan meningkatkan kemahiran
berpidato dalam kalangan siswa guru, memperkukuh keyakinan mereka
dalam menyampaikan pandangan secara spontan, serta memberi
peluang kepada siswa guru untuk menonjolkan bakat berpidato
menggunakan medium bahasa Melayu.
2.0 SYARAT PERTANDINGAN
2.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar IPGM KPI tanpa
mengira bidang pengkhususan pengajian.
2.2 Peserta hendaklah berpakaian formal atau tradisional semasa
menyampaikan pidato.
2.3 Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan mempunyai hak untuk meminda
sebarang peraturan sebelum permulaan pertandingan mengikut budi
bicara Jawatankuasa.
3.0 TEMA
3.1 Tema pidato bagi Karnival MBMMBI IPGM KPI Tahun 2024 ialah “Citra
MADANI”.
3.2 Peserta bebas memilih tajuk berdasarkan tema yang ditetapkan.
Pidato_Karnival MBMMBI IPGM KPI Tahun 2024
#semarakmbmmbi
#sahabatbahasa