Page 36 - KarnivaBahasaMiniJPMIPGMKPI
P. 36
5.0 PELAKSANAAN PERTANDINGAN
5.1 Pertandingan akan dilaksanakan melalui rakaman video.
5.2 Rakaman video akan dinilai oleh juri bagi menentukan pemenang tempat
pertama, kedua dan ketiga.
6.0 KAEDAH PENYERTAAN
6.1 Peserta hendaklah mengisi borang penyertaan di bawah dengan
melengkapkan butiran diri dan menyertakan maklumat pautan YouTube
bagi video kulit buku yang berdurasi tidak melebihi enam (6) minit.
https://forms.gle/vXBpq4iMnXdw43sA8
6.2 Syarat video:
6.2.1 Video mestilah dalam bentuk MP4 dan dirakam secara
melintang (landscape) bagi mengelakkan saiz video menjadi
terlalu kecil apabila dimuat naik.
6.2.2 Wajah peserta perlu kelihatan jelas (tidak terlindung). Elakkan
penggunaan zum dekat (zoom in) dan zum jauh (zoom out)
semasa rakaman bagi memastikan kelancaran persembahan
peserta. Rakaman hendaklah merangkumi keseluruhan badan,
dari kepala hingga kaki.
6.2.3 Pencahayaan latar video mestilah mencukupi dan tidak gelap.
6.2.4 Audio rakaman hendaklah jelas dan bebas dari gangguan bunyi
persekitaran seperti bunyi kipas, kenderaan dan sebagainya.
Kulit Buku_Karnival MBMMBI IPGM KPMI Tahun 2024
#semarakmbmmbi
#sahabatbahasa