Page 4 - KarnivaBahasaMiniJPMIPGMKPI
P. 4
PERTANDINGAN CITRA PANTUN MELAYU KARNIVAL MINI BAHASA
MELAYU PERINGKAT IPGM KPI TAHUN 2024
1.0 PENGENALAN
1.1 Pantun merupakan puisi tradisional Melayu yang diwarisi zaman
berzaman yang harus dihayati oleh masyarakat khususnya warga
pendidik. Pantun juga telah diangkat oleh UNESCO sebagai budaya
tidak ketara Malaysia. Sehubungan dengan itu, di bawah dasar
MBMMBI, IPGM telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Karnival
MBMMBI yang meletakkan pantun sebagai salah satu acara.
Pertandingan Citra Pantun Melayu ini mengetengahkan konsep baharu
yang dapat mengembalikan kegemilangan pengucapan pantun dalam
masyarakat khususnya warga pendidik.
1.2 Dalam strategi kedua Pelan Tindakan Utama Inisiatif MBMMBI, fokus
penekanan dasar MBMMBI adalah kepada kualiti guru Bahasa Melayu
dan Bahasa Inggeris dalam aspek pedagogi, kecekapan berbahasa dan
profesionalisme keguruan. Selaras dengan visi IPGM sebagai peneraju
kecemerlangan pendidikan guru, peranan IPGM adalah penting untuk
memastikan aspirasi dasar MBMMBI ini tercapai. Sehubungan dengan
itu, Pertandingan pantun ini dirancang untuk memberi peluang kepada
semua pelajar IPGM KPI untuk menunjukkan bakat dalam kecekapan
berbahasa secara lisan dan ketertiban mengungkap idea secara santun
melalui pertandingan pantun.
2.0 SYARAT PERTANDINGAN
2.1 SYARAT UMUM
2.1.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar IPGM KPI
2.2 SYARAT KHUSUS
2.2.1 Setiap kumpulan WAJIB menghantar pasukan yang terdiri
daripada empat orang pemantun.
Citra Pantun Melayu_Karnival MBMMBI IPGM KPI Tahun 2024
#semarakmbmmbi
#sahabatbahasa