Page 5 - Karnival Bahasa Melayu Mini IPGMKPI 2024
P. 5

PERTANDINGAN CITRA PANTUN MELAYU KARNIVAL BAHASA MELAYU MINI
                                          PERINGKAT IPGM KPI TAHUN 2024



               1.0     PENGENALAN

                      1.1     Pantun  merupakan  puisi  tradisional  Melayu  yang  diwarisi  zaman
                              berzaman  yang  harus  dihayati  oleh  masyarakat  khususnya  warga
                              pendidik.  Pantun  juga  telah  diangkat  oleh  UNESCO  sebagai  budaya
                              tidak  ketara  Malaysia.  Sehubungan  dengan  itu,  di  bawah  dasar
                              MBMMBI, IPGM telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Karnival
                              MBMMBI  yang  meletakkan  pantun  sebagai  salah  satu  acara.

                              Pertandingan Citra Pantun Melayu ini mengetengahkan konsep baharu
                              yang dapat mengembalikan kegemilangan pengucapan pantun dalam
                              masyarakat khususnya warga pendidik.

                      1.2     Dalam strategi kedua Pelan Tindakan Utama Inisiatif MBMMBI, fokus
                              penekanan dasar MBMMBI adalah kepada kualiti guru Bahasa Melayu
                              dan Bahasa Inggeris dalam aspek pedagogi, kecekapan  berbahasa dan
                              profesionalisme keguruan. Selaras dengan visi IPGM sebagai peneraju
                              kecemerlangan pendidikan guru, peranan IPGM adalah penting untuk
                              memastikan aspirasi dasar MBMMBI ini tercapai. Sehubungan dengan
                              itu, Pertandingan pantun ini dirancang untuk memberi peluang kepada
                              semua pelajar IPGM KPI untuk menunjukkan bakat dalam kecekapan

                              berbahasa secara lisan dan ketertiban mengungkap idea secara santun
                              melalui pertandingan pantun.

               2.0     SYARAT PERTANDINGAN

                      2.1     SYARAT UMUM

                              2.1.1   Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar IPGM KPI

                      2.2     SYARAT KHUSUS

                              2.2.1   Setiap  kumpulan WAJIB  menghantar  pasukan  yang terdiri
                                      daripada empat orang pemantun.











                 Citra Pantun Melayu_Karnival Bahasa Melayu Mini IPGM KPI Tahun 2024
               #semarakmbmmbi
               #sahabatbahasa
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10