Page 18 - NGO (No.2)
P. 18

PERTUBUHAN TINDAKAN WANITA ISLAM
                                                              aspirasi dan impian. Bagi warga tua, PERTIWI
                                                              berhasrat untuk menyediakan tempat pemuli-
                                                              han, rekreasi dan aktiviti-aktiviti rangsangan lain.
                                                              Mereka yang terlibat dalam PERTIWI pada ta-
                                                              hun-tahun awalnya kini berada dalam umur 70-an
                                                              dan 80-an. Mereka memahami keperluan untuk
                                                              pusat komuniti warga tua yang sedemikian.
                                                                    Pendidikan komputer untuk
                                                                 generasi lebih tua merupakan satu
                                                                lagi bidang yang diberikan perhatian
                                                                 PERTIWI. Kursus celik komputer
                                                                     akan terus diadakan untuk
                                                                memastikan setiap warga mengikuti
                                                                      perkembangan kemajuan
                                                                          teknologi terkini.

                                                              Penerapan nilai positif pada golongan muda
                                                              adalah sesuatu yang tidak ternilai. Pendidikan
                                                              formal telah disediakan dengan secukupnya oleh
                                                              kerajaan. Bagaimanapun, pemupukan kekuatan
                                                              batin dan penggalakan golongan muda dalam
                                                              pemegangan nilai positif dan etika tinggi memer-
                                                              lukan program pendidikan berlainan yang PERTI-
                                                              WI berhasrat untuk menyediakan melalui kursus
                                                              pendek yang dianjurkan sama ada pada hujung
                                                              minggu atau cuti penggal. Diharapkan bahawa
                                                              dengan asrama dan kemudahan yang sesuai,
                                                              kursus-kursus ini boleh diadakan secara berke-
                                                              san dengan kerjasama agensi-agensi lain yang
                                                              mempunyai matlamat dan objektif serupa.

                                                              Wanita yang tinggal di Lembah Klang mempunyai
                                                              keperluan tinggi terhadap bilik seminar, terutama-
                                                              nya untuk kelas dan ceramah. Tiada banyak tem-
                                                              pat yang sesuai dan mampu dimiliki untuk men-
                                                              gadakan kelas-kelas yang digemari ini yang kini
                                                              sering diadakan di kelab golf, rumah persendirian
                                                              dan lain-lain. Dengan adanya pusat komuniti
                                                              PERTIWI, semua aktiviti wanita dan kanak-kanak
                                                              boleh diadakan di satu tempat. PERTIWI berhas-
                                                              rat untuk menyediakan ruang yang secukupnya
                                                              untuk memenuhi hasrat pencarian ilmu yang
                                                              berterusan.


                                                              Pendidikan komputer untuk generasi lebih tua
                                                              merupakan satu lagi bidang yang diberikan
                                                              perhatian PERTIWI. Kursus celik komputer akan
                                                              terus diadakan untuk memastikan setiap warga
                                                              mengikuti perkembangan kemajuan teknologi
                                                              terkini. Semangat kesukarelawanan agak kurang
                                                              dalam generasi muda kita. Mengimbas kembali,
                                                              ahli-ahli pengasas PERTIWI masih muda apabila
                                                              mereka menyedari perlunya memberi sumbangan
                                                              tanpa mementingkan diri demi pembangunan
                                                              sebuah negara muda dan rakyatnya. Memang
                                                              diakui bahawa tiada lagi desakan sedemikian


               18                                                                           NGO, EDISI 2
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23