Page 5 - NGO (No.2)
P. 5

Penerbitan Ini



                                                      Dilihat Sebagai



                                          Satu Wadah Kepada



                                                      Pembangunan


                                                                          Negara.




                                                                      Assalammualaikum w.b.t.


                                                    Sekalung tahniah diucapkan kepada NGO Publications
                                              & Management (NGOPM) kerana terhasilnya sebuah majalah
                                                                                    yang bertajuk NGO ini.


                                                  Penerbitan majalah ini dilihat sebagai satu wadah kepada
                                               pembangunan negara secara tidak langsung kerana sasaran
                                               yang ditetapkan melibatkan masyarakat secara menyeluruh.
                                             Dengan adanya penerbitan seperti ini juga ianya dapat menilai
                                                  keberkesanan setiap organisasi bukan kerajaan terhadap
                                                                              kewujudannya di Negara ini.

                                             Dengan adanya majalah ini akan dapat melahirkan rasa minat
                                          dan cintakan Negara di kalangan masyarakat. Sesebuah majalah
                                            bukan hanya sebagai penyampai maklumat malah lebih kepada
                                                 memberi kesedaran serta mendidik masyarakat agar lebih
                                               memahami peranan mereka yang sebenar di samping dapat
                                                  menilai kebenaran sesuatu informasi. Justeru, saya ingin
                                              menyeru dan mengajak organisasi-organisasi bukan kerajaan
                                             di Malaysia agar terus memacu persefahaman yang utuh demi
                                                               kelangsungan negara di masa akan datang.


                                             Tahniah sekali lagi diucapkan kepada penerbit dan editor serta
                                            pasukan yang berusaha mengadakan majalah ini dan didoakan
                                           semoga usaha ini berterusan sehingga mencapai kejayaan yang
                                            cemerlang. Semoga jasa baik yang membaca serta menjadikan
                                             majalah ini sebagai bahan informasi serta rujukan yang baik ini
                                                            akan diberikan keberkatan di dunia dan akhirat.

                                                                                         Amin, wassalam.

                                                              MUA’AMMAR GHADAFI JAMAL JAMALUDDIN
                                                                                                 Presiden,
                                                                                 Majis Belia Malaysia (MBM)




               NGO, EDISI 2                                                                              5 5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10