Page 24 - 1B1K
P. 24
TESTIMONIAL Buletin 1B1K
Auto Terminal Training (TEKAT)
1B1K diletakkan dalam tempoh percubaan selama 2 tahun bagi tujuan memahami tentang konsep
latihan vokasional di Malaysia, pembangunan belia berkemahiran dan juga permasalahan serta
karenah birokrasi yang dihadapi. Untuk tempoh percubaan ini, MBM yang diwakili oleh
Ketua Sekreteriat 1B1K, Saudara Mohammad Rizan Bin Hassan telah memilih sebuah penyedia
latihan yang berpengalaman iaitu AUTO TERMINAL TRAINING (TEKAT) sebagai rakan kongsi
perlaksanaan 1B1K dalam bidang Teknologi Automotif.
Pada 15 Mei 2010, Program 1Belia 1Kemahiran ini telah dilancarkan secara rasminya oleh YAB Tan
Sri Hj Muhyiddin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia sempena Hari Belia
Negara 2010 di Putrajaya.
Dalam tempoh percubaan ini, pelbagai aktiviti dilakukan seperti:
:: Hebahan di sekolah-sekolah
:: Hebahan di kem-kem PLKN
:: Menyertai pameran anjuran sektor awam dan swasta
:: Menyertai program anjuran badan gabungan belia
:: Lawatan dan perbincangan penempatan pekerjaan Majlis konvokesyen
Ceramah pembangunan belia berkemahiran
salah satu elemen dalam program Pameran 1B1K
Majlis konvokesyen bagi lulusan bidang Teknologi
Automotif di bawah Program 1B1K
Ucapan daripada Presiden MBM
24