Page 31 - NGO (No.1)
P. 31
kan produk jenamanya dia menghadapi pelbagai
cabaran. Cabaran yang paling getir adalah
mendapatkan kepercayaan orang menggunakan
jenama Bumiputera yang berkualiti, ini kerana
ramai yang menyamakan harga yang tinggi
dengan syarikat bukan bumiputera dan jenama
saya ini adalah mampu milik dan tahan lama.
“Proses menghasilkan rekaan pakaian terbaru
juga adalah satu cabaran yang perlu dihadapi
kerana terpaksa bersaing dengan syarikat lain,
kerana setiap rekaan yang saya buat pasti ada
yang meniru dan menawarkan pada harga yang
lebih rendah tanpa jaminan kualiti. Cabaran lain
adalah terus memberi khidmat serta tindakan
susulan walaupun pelanggan kami semakin
ramai,” ujarnya yang merupakan pemegang
Ijazah Pengurusan Teknologi dari Universiti
Teknologi Malaysia Skudai ini.
“Cabaran kedua, adalah
menyakinkan dan mendidik
pelanggan agar jangan ambil
jalan pintas untuk
menempah produk yang
murah jika tidak tahu kualitinya
nanti kita sendiri yang rugi,”
TERUS BERJUANG
Selaku pemilik syarikat CCSB, Fadzil merangka
satu strategi untuk memastikan kelangsungan
operasi perniagaannya bertahan lama.
“Semasa memulakan perniagaan, saya masih
mula merangkak dan banyak lagi perlu belajar
untuk terus maju. Namun kini, saya memastikan
perancangan perniagaan dibuat dengan teliti,
memberikan jangkaan sejauh mana nak pergi
dan lebih berhati-hati dalam membuat segala
keputusan,” ujarnya.
Siapa sangka anak kampung berasal dari
Pahang ini mampu mengemudi perniagaan
sendiri.Ada teladan yang boleh dipelari daripada
cerita pemuda ini sudah tentu tiada siapa yang
boleh mengubah nasib seseorang melainkan diri
mereka sendiri yang mampu mengubahnya.
“Harapan saya adalah kumpulan yang beker-
jasama dengan saya berjaya, saya mahu melihat
mereka yang berkolaborasi dengan saya berjaya,
apabila berjaya mereka boleh menjadi contoh
dan teladan kepada masyarakat. Anak muda
perlu beringat untuk berjaya perlu bertungkus
lumus dengan bidang yang mereka buat, jangan
mudah putus asa,” katanya lagi.
NGO, EDISI 1 31