Page 5 - NGO (No.1)
P. 5
PESAKA
Menyambut Baik Usaha
Memartabatkan
Badan NGO
Assalammualikum w.b.t.
Sekalung tahniah diucapkan kepada NGO Publications
& Management (NGOPM) kerana terhasilnya sebuah majalah
yang bertajuk NGO ini.
Penerbitan majalah ini dilihat sebagai satu wadah kepada
pembangunan negara secara tidak langsung kerana sasaran
yang ditetapkan melibatkan masyarakat secara menyeluruh.
Dengan adanya penerbitan seperti ini juga ianya dapat menilai
keberkesanan setiap organisasi bukan kerajaan terhadap
kewujudannya di Negara ini.
Dengan adanya majalah ini akan dapat melahirkan rasa minat
dan cintakan Negara di kalangan masyarakat. Sesebuah majalah
bukan hanya sebagai penyampai maklumat malah lebih
kepada memberi kesedaran serta mendidik masyarakat
agar lebih memahami peranan mereka yang sebenar di
samping dapat menilai kebenaran sesuatu informasi.
Justeru, saya ingin menyeru dan mengajak
organisasi-organisasi bukan kerajaan di Malaysia
agar terus memacu persefahaman yang utuh demi
kelangsungan negara di masa akan datang.
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada penerbit dan
editor serta pasukan yang berusaha mengada-
kan majalah ini dan didoakan semoga usaha ini
berterusan sehingga mencapai kejayaan yang
cemerlang. Semoga jasa baik yang membaca
serta menjadikan majalah ini sebagai bahan
informasi serta rujukan yang baik ini akan
diberikan keberkatan di dunia dan akhirat.
Amin, wassalam.
SENATOR TAN SRI DATUK SERI
(DR.) HAJI MOHD ALI BIN MOHD RUSTAM
Presiden,
Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia
(PESAKA)
5