Page 17 - NGO (No.3)
P. 17

PEMBINA
               paknya tidak begitu mudah. Tahun 2012 mencat-
               atkan kebangkitan golongan liberalis dari kalam
               mahasiswa yang cuba mengisi kekosongan
               tersebut. Pengaruh liberal telah mula menular da-
               lam kalangan mahasiswa apabila tercetusnya isu
               Adam Adli yang kemudiannya cuba menghidukan
               gerakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).
               Rentetan daripada kesan liberalisasi ini maka
               tercetuslah beberapa peristiwa malang yang
               meloyakan termasuklah tragedi berdarah UPSI,
               Gerakan Kebebasan Akademik dan Demonstrasi
               Hapus PTPTN dan gerakan Occupy yang cuba
               dihidupkan oleh Fahmi Reza.


               PEMBINA mengambil langkah untuk tidak terlibat   INFO PEMBINA
               dengan pengaruh liberal ini bahkan menentang
               sekerasnya arus liberalisme yang kian menjalar   NAMA PENUH PERTUBUHAN
               dalam kalangan mahasiswa. PEMBINA yakin          Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)
               bahawa arus ini tidak mampu untuk disekat seo-
               rang diri bahkan perlu diusahakan dalam bentuk   TARIKH DITUBUHKAN
               kumpulan. Bertitik tolak daripada ini, PEMBINA   September 2006
               mengambil posisi untuk menyerang arus liberalis-
               asi dengan penuh rasa tanggungjawab.             NO PENDAFTARAN
                                                                PPBM 2111/09
               Hasilnya satu dialog mahasiswa “Student Pow-
               er: Radikal atau Rasional” telah dianjurkan oleh   PRESIDEN
               PEMBINA di NIOSH pada 2 Jun 2012 bagi mem-       Mohd Eqwan Mohd Roslan
               beri takrifan sebenar kepada istilah Student Pow-  TIMBALAN PRESIDEN
               er dan langkah sewajarnya yang perlu diambil     Nor Aizat Rahimi Rostam Rahimi
               oleh gerakan mahasiswa dalam mengembalikan
               kekuatan dan suara mahasiswa.                    NAIB PRESIDEN I
                                                                Muhammad Aiman Ahmad Faudzi
               Rentetan daripada itu, PEMBINA yang terus
               komited untuk membanteras arus liberalisma       NAIB PRESIDEN II
               telah menganjurkan Himpunan Mahasiswa            Khairunnisa Mazlan
               Nasional (HIMMAH 12`) di Kompleks Rakan
               Muda, Klang. Himpunan ini diadakan adalah bagi   PENOLONG SETIAUSAHA
               membentangkan kertas kerja berkenaan sejarah     Ummi Kalsom Mohamad Khalid
               gerakan mahasiswa, ancaman liberalisma dan       JUMLAH CAWANGAN
               peranan mahasiswa. Himpunan yang disertai        17 Cawangan Seluruh Malaysia
               oleh lebih 350 orang ahli PEMBINA ini dilihat
               mampu memberikan suntikan kepada ahli PEM-       OBJEKTIF
               BINA seluruh negara untuk berhadapan dengan      Matlamat utama penubuhan PEMBINA adalah
               ancaman ini. Di antara resolusi HIMMAH 12`       untuk menggembeleng tenaga golongan belia
               ialah untuk mengadakan roadshow ke IPT-IPT       Islam Malaysia secara positif demi kemakmuran
               seluruh Malaysia bagi memberikan penerangan      negara, melalui usaha berterusan dalam
               ancaman liberalisma.                             membangun syakhsiah dan jatidiri belia, serta
                                                                gerak kerja kemasyarakatan yang mesra,
                                                                bersepadu dan tersusun.
               Diharapkan agar PEMBINA dapat terus mener-
               aju arus mahasiswa dalam visi memartabatkan      ALAMAT
               agenda mengembalikan kegemilangan mahasis-       49-2, Jalan Medan Pusat 2D, Persiaran Bangi,
               wa berasaskan neraca Al-Quran dan Al-Sunnah      43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia.
               yang betul dan sahih. Sesungguhnya masyarakat
               menantikan satu golongan mahasiswa yang          MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI
               mampu membimbing dan meneraju suatu arus         Tel. Pej. : (+603) 8751 1649
               yang mampu menggerakkan kembali maha-            Faks   : (+603) 8926 1520
               siswa-mahasiswa yang tidak jelas arah tujuan     Email  : info@pembina.com.my
                                                                URL
                                                                       : www.pembina.com.my
               mereka kearah yang lebih jelas tujuannya.

               NGO, EDISI 3                                                                             17
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22