Page 5 - NGO (No.3)
P. 5
SUMBER
INFORMASI
SANGAT
BERGUNA PADA
MASYARAKAT.
Assalammualaikum w.b.t.
Sekalung tahniah diucapkan kepada NGO
Publications & Management (NGOPM) kerana
terhasilnya sebuah majalahyang bertajuk NGO ini.
Penerbitan majalah ini dilihat sebagai satu wadah
kepada pembangunan negara secara tidak
langsung kerana sasaran yang ditetapkan
melibatkan masyarakat secara menyeluruh.
Dengan adanya penerbitan seperti ini juga ianya
dapat menilai keberkesanan setiap organisasi
bukan kerajaan terhadap kewujudannya di Negara ini.
Dengan adanya majalah ini akan dapat melahirkan
rasa minat dan cintakan Negara di kalangan
masyarakat. Sesebuah majalah bukan hanya sebagai
penyampai maklumat malah lebih kepada memberi
kesedaran serta mendidik masyarakat agar lebih
memahami peranan mereka yang sebenar di samping
dapat menilai kebenaran sesuatu infomasi.
Justeru, saya ingin menyeru dan mengajak organisasi-
organisasi bukan kerajaan di Malaysia agar
terus memacu persefahaman yang utuh demi
kelangsungan negara di masa akan datang.
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada
penerbit dan editor serta pasukan yang berusaha
mengadakan majalah ini dan didoakan semoga usaha
ini berterusan sehingga mencapai kejayaan yang
cemerlang. Semoga jasa baik yang membaca serta
menjadikan majalah ini sebagai bahan informasi serta rujukan
yang baik ini akan diberikan keberkatan di dunia dan akhirat.
Amin, wassalam.
DATO’ NAZRI BIN KAMAL
Pengerusi,
Persatuan Kebajikan Zuriat Keturunan
Pusaka Bentan Malaysia (PKZKPBM).
5